Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu

Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu
link : Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu

Baca juga


Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu

Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoal 1MDB yang boleh mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan untuk menaja jemaah haji sejak 2011 tetapi belum lagi mendedahkan penyata kewangan penuhnya selama tiga tahun yang lalu.

“Jumlah hutang 1MDB boleh berada sekitar RM50 hingga RM55 bilion – yang mana RM56 juta yang digunakan 1MDB untuk menaja Jemaah haji ke Mekah sejak enam tahun lalu sejak 2011 berada di sekitar 0.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang 1MDB.

“Jika 1MDB boleh mendedahkan perbelanjaan RM56 juta sejak enam tahun lalu menaja 5,711 jemaah haji ke Mekah, mengapa 1MDB tidak boleh mendedahkan laporan kewangannya sejak tiga tahun lalu?” kaanya dalam kenyataan.

Sejak tahun 2011, seramai 5,711 jemaah telah ditaja menunaikan haji dengan perbelanjaan sebanyak RM56 juta melalui program khas Perdana Menteri -Yayasan 1MDB.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa program berkenaan Datuk Jailani Ngah, pada tahun ini pula seramai 1,100 jemaah ditawarkan menyertai program tersebut.

Kit Siang mendakwa, berkemungkinan hanya kira-kira 0.01 peratus daripada anggaran jumlah hutang 1MDB yang berjumlah RM50 hingga RM55 bilion digunakan untuk program penajaan haji.

“Ini seolah-olah peruntukan besar kepada amal, tetapi sebenarnya hanya secebis berbanding hutang 1MDB,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga berkata, kali terakhir akaun 1MDB diaudit dan diterbitkan ialah pada bulan Mac 2014.

Sejak tarikh itu sehingga sekarang, penyata kewangan syarikat sarat hutang tersebut masih menjadi misteri termasuk kepada menteri-menteri kabinet.

“Saya menyeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memikul tanggungjawab penuh sebagai individu, kerajaan dan perdana menteri terhadap skandal 1MDB dengan mendedahkan kepada orang awam perincian kewangan 1MDB hutang-hutang dan segala peruntukan yang dikeluarkan.

“Bukannya sekadar mendedahkan maklumat tertentu sahaja seperti penajaan menunaikan haji sebanyak RM56 juta sejak 2011,” katanya lagi.


Demikianlah Artikel Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu

Sekianlah artikel Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang Tak Puas Hati Dengan Tajaan Haji 1MDB...Jahatnya Berani Mempertikaikan tu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lim-kit-siang-tak-puas-hati-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: