Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!

Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!
link : Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!

Baca juga


Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!

Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!

Orang ramai pastinya teruja menantikan pembukaan Sukan SEA 2017 bermula 19 Ogos ini. (Gambar: TeamISN - Twitter)

Bermula 19 Ogos nanti, temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2017 akan berlangsung selama 12 hari di Kuala Lumpur. Sebagai rakyat Malaysia, pastikan anda tahu 'Lima Perkara Menarik Sukan SEA 2017 Anda Sebagai Rakyat Malaysia Wajib Tahu!'.

Sebanyak 405 acara membabitkan 38 jenis sukan bakal dianjurkan pada temasya pada tahun ini. Apa yang menarik perhatian, selain daripada acara sukan biasa seperti olahraga, renang, gimnastik, bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain lagi, Sukan SEA 2017 bakal memperkenalkan lima acara sukan tambahan dimana dua daripadanya adalah acara sukan musim sejuk.

Lima acara sukan ini sememangnya agak asing buat majoriti penduduk Malaysia, lebih-lebih lagi cuaca panas di negara ini bermakna acara sukan musim sejuk bukanlah merupakan sukan yang sudah dimainkan secara bergenerasi lamanya. Atas faktor itu, Rojak Daily Skop! ingin memaparkan sedikit maklumat buat anda sebagai pengenalan untuk acara-acara tersebut.

1. LUNCUR AIS

Lapan acara akan dipertandingkan iaitu dua bagi acara luncur berirama lelaki dan wanita dan enam dalam acara luncur ais ('Ice Racing') iaitu disiplin 500 meter, 1,000 meter dan luncur ais berganti-ganti 3,000 meter lelaki dan wanita.

Bagi acara luncur ais berirama, atlit akan meluncur dengan pantas mengikut rentak muzik yang dirancang dengan menggunakan kasut atau but khas. Acara ini memerlukan atlit melakukan beberapa pergerakan, putaran, lompatan dan elemen tertentu yang memerlukan disiplin dan latihan yang kemas.

Sandaran pasukan negara terletak di atas bahu atlit muda berusia 16 tahun, Chew Kai Xiang. Bagaimanapun, dia dan peserta lain dijangka menghadapi laluan sukar kerana pilihan utama untuk memenangi pingat emas adalah atlit dari Filipina, Michael Christian Martinez. Walaupun Martinez baru sahaja berusia 20 tahun, dia merupakan atlit pertama dari negara Asia Tenggara yang layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk ketika melakukannya pada kejohanan tahun 2014 di Sochi, Russia.

Luncur ais ('Short Track Speed Skating') atau 'Ice Racing' pula adalah acara yang diadakan di atas trek bujur berukuran 111.2 meter di atas gelanggang berukuran 30 x 60 meter iaitu sama dengan gelanggang hoki ais antarabangsa. Atas faktor selekoh pada trek bujur yang agak tajam, kelajuan luncuran diubah untuk mengekalkan kelajuan tertinggi dan kawalan di selekoh.

Malaysia berpeluang mendapat pingat pada acara ini jika disandarkan kepada prestasi semasa dua orang atlitnya iaitu Ariff Rasydan Fadzli dan Wong De-Vin. Walaupun begitu, pilihan utama untuk muncul juara adalah peluncur dari Singapura, Lucas Ng yang menjuarai beberapa kejohanan terbuka acara tersebut sebelum ini.

2. HOKI AIS

Acara hoki ais turut dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 kali ini.

Hoki Ais merupakan sukan berpasukan di atas gelanggang ais yang bukan sahaja dimainkan dengan tempo yang pantas tetapi juga penuh dengan pergelutan fizikal. Pemain kedua pasukan menggunakan kayu pemukul untuk memukul sebuah cakera yang diperbuat daripada getah vulkanik ke arah gol pihak lawan bagi mendapatkan mata.

Semasa perlawanan berlangsung, satu pasukan akan membariskan enam orang pemain iaitu seorang penjaga gold dan lima pemain lain yang akan meluncur ke serata gelanggang ais dalam percubaan untuk menjaringkan gol. Tiada had yang dikenakan buat bilangan petukaran pemain dan ianya boleh berlaku sama ada sewaktu perlawanan sedang berlangsung mahupun ketika waktu rehat. Tempoh permainan adalah 20 minit dengan waktu rehat di antaranya.

Walaupun Malaysia bukanlah sebuah negara yang mempunyai musim salji, skuad hoki ais Kebangsaan merupakan sebuah pasukan yang kuat di rantau ini. Pada kejohanan IIHF Challenge Cup of Asia 2008, pasukan Malaysia berjaya muncul naib johan manakala pada kejohanan yang sama pada tahun 2012, mereka mendapat tempat ketiga keseluruhan. 

3. KRIKET

Pasukan Kebangsaan berpeluang mencipta kejutan untuk menang dalam acara kriket.

Kriket adalah permainan yang menggunakan kayu pemukul dan bola yang dimainkan antara dua pasukan dengan 11 pemain bagi setiap pasukan. Ianya dimainkan di padang bujur yang ditengahnya terdapat lapangan tengah ('wicket') berbentuk segi empat tepat berukuran 22 ela panjang. Satu set tiga kayu pancang ('stumps' ) berada di setiap penghujung wicket ini.

Kedua pasukan yang bertanding mengambil giliran untuk memukul dan cuba mengumpulkan sebanyak mungkin larian. Pasukan yang mengumpul larian terbanyak atau pasukan yang berjaya mengeluarkan kesemua 10 orang pemukul pasukan lawan akan dinobatkan sebagai pemenang. 

Indonesia menyasarkan pingat emas buat kedua kategori lelaki dan wanita tetapi skuad kriket Malaysia masih berpeluang melakarkan kejutan berdasarkan kelebihan mereka sebagai tuan rumah kejohanan.

4. TARUNG DERAJAT

Pasukan Malaysia juga dijangka memberi saingan sengit dalam acara Tarung Derajat kali ini.

Tarung Derajat merupakan seni bela diri berasal dari Indonesia yang dicipta pakar seni bela diri negara tersebut, Achmad Dradjat yang mengembangkan sebuah teknik bertempur melalui pengalamannya bertarung pada tahun 1960-an di sekitar bandar Bandung, Indonesia.

Ia kemudiannya melalui evolusi dan akhirnya menjadi satu acara sukan pada tahun 1990-an. Malah, tarung derajat diangkat menjadi salah satu sukan rasmi Kebangsaan buat Indonesia. Seni bela diri ini juga diamalkan oleh tentera darat dan unit Brigade Mobil (Kepolisian Republik Indonesia).

Di peringkat Sukan SEA, sukan Tarung Derajat disenarai sebagai salah satu acara pertunjukan semasa edisi kejohanan tahun 2011 di Palembang, Indonesia. Kini, buat julung kalinya, ia muncul sebagai sebuah acara sukan rasmi yang menawarkan pingat di Sukan SEA 2017.

Berdasarkan latar belakang sejarahnya, sudah pasti pasukan Indonesia menjadi pilihan utama untuk menyapu bersih kesemua pingat emas yang dipertandingkan. Bagaimanapun, pasukan dari Malaysia bakal memberikan saingan sengit, lebih-lebih lagi dengan persembahan memberangsangkan pada Kejohanan Tarung Derajat Asia Timur ke-2 yang berlangsung pada tahun lepas.

5. BRIDGE

Segelintir peminat sukan menganggap acara ini seperti acara sukaneka atau permainan syok sendiri.

Bridge ataupun nama penuhnya 'Contact Bridge' merupakan sejenis permainan terup yang dimainkan oleh empat peserta secara berpasangan. Acara pada kejohanan ini dijalankan secara 'round-robin' dan pemenang pingat akan ditentukan melalui jumlah mata tertinggi yang berjaya dikumpul peserta.

Kredibiliti sukan Bridge dipertikaikan dan mendapat kritikan hebat sebelum ini. Malah, ada yang menggelarkannya sebagai sekadar acara sukaneka dan pertandingan syok sendiri tetapi sambutan terhadap Bridge mula meningkat bukan sahaja dengan penyenaraiannya sebagai acara rasmi di Sukan SEA 2017 tetapi juga pada Sukan Asia 2018 di Indonesia tahun hadapan. Pasukan pilihan yang dijangka bersaing pada temasya kali ini merupakan Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.
 
Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan bukan sahaja lima acara yang tersenerai di atas tetapi juga pelbagai acara sukan lain yang bakal dianjurkan pada Sukan SEA 2017 nanti? Maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh bagi setiap acara, boleh layari laman sesawang, Kuala Lumpur 2017. Mari kita turut sama memeriahkan kejohanan sambil memberikan sokongan kepada kontijen negara. Malaysia boleh!
 

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan!

Sekianlah artikel Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Acara Sukan Tambahan Hanya Di Sukan SEA 2017 Jadi Kejutan! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lima-acara-sukan-tambahan-hanya-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :