Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila

Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila
link : Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila

Baca juga


Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila

Foto: wikiHow
Berikutan berlakunya insiden rabies atau penyakit anjing gila di Serian, Sarawak, yang mana tiga orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat, enam dan tujuh tahun, di mana dua daripadanya adalah adik-beradik, langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerusi dari Berita Harian, dua daripada tiga kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda, dan gejala. Manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.

Gejala yang ditunjukkan oleh dua mangsa, adalah mengalami demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.

Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma. Katanya, penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian dari Dr Iqbal Rosali, terdapat beberapa langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Mari kita lihat akan apa langkah pencegahan tersebut.

Langkah-Langkah Pencegahan Bagi Mengelakkan Dari Dijangkiti Rabies

3 laporan kes Rabies telah berlaku di Derah Serian, Sarawak berikutan digigit anjing. 2 kes dilaporlan dari Klinik Kesihatan Balai Ringin dan 1 kes dari Klinik Kesihatan Gedong. Ketiga-tiga kes kritikal dan sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

2 daripada 3 kes tersebut ADA SEJARAH DIGIGIT ANJING 1-2 bulan sebelum menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Oleh itu, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1. Rawatan segera


Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.

2. Suntikan anti-rabies


Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar.

3. Hantar anjing peliharaan ke klinik haiwan


Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.

4. Lapor jika terdapat anjing liar


Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.

5. Kekalkan tahap kebersihan diri


Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.
- Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus. 
- Ia boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies. 
- Jangkitan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.


Sumber: Berita Harian, Iqbal Rosali

- Siakap Keli

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila

Sekianlah artikel Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lima-langkah-pencegahan-yang-harus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :