link : Lima Perkara Menarik Sukan SEA 2017 Anda Sebagai Rakyat Malaysia Wajib Tahu!
Lima Perkara Menarik Sukan SEA 2017 Anda Sebagai Rakyat Malaysia Wajib Tahu!
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar (kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua dari kiri) dan Naib Presiden, Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay serta maskot Rimau di Majlis Perasmian Liputan Komprehensif Astro sempena temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. (Gambar: Astro)
1. BERLANGSUNG PADA WAKTU TEPAT DAN SESUAI BUAT MALAYSIA
Acara Sukan SEA kebiasaannya berlangsung pada penghujung sesuatu tahun tetapi lain pula ceritanya kali ini. Edisi kali ini akan diadakan pada Ogos iaitu waktu yang tepat dan sangat sesuai buat Malaysia kerana acara penutup akan berlangsung sehari sebelum Hari Kemerdekaan Negara ke-60 pada 31 Ogos 2017.
Ketika lima edisi dianjurkan Malaysia sebelum ini, hanya sekali sahaja iaitu pada tahun 1989, ianya diadakan pada bulan kemerdekaan negara. Hari penutup ketika itu menyaksikan skuad bola sepak Kebangsaan menggondol pingat emas setelah menewaskan pasukan Singapura dalam perlawanan cukup mendebarkan di Stadium Merdeka. Kontijen negara akhirnya berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kalangan negara peserta.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun) hadir ke stadium sebagai tetamu kehormat mengumumkan hari berikutnya iaitu Jumaat, 1 September sebagai hari cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia. Apa yang menarik, tarikh 1 September pada tahun ini juga bakal jatuh pada hari Jumaat. Adakah sejarah akan berulang lagi pada tahun ini?
2. TUAN RUMAH 'BIDAN TERJUN'?
Temasya Sukan SEA yang berlangsung setiap dua tahun semenjak tahun 1959 secara lazimnya akan dianjurkan secara bergilir-gilir antara 11 negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara. Selepas Myanmar menjadi tuan rumah pada tahun 2013 dan kemudiannya Singapura pada tahun 2015, sebenarnya giliran untuk menganjurkan Sukan SEA pada tahun ini adalah milik Brunei.
Namun, negara itu menyatakan mereka belum bersedia untuk menjadi tuan rumah tetapi sebaliknya menyasarkan temasya pada tahun 2019. Lantaran itu, satu mesyuarat Persatuan Sukan SEA (SEAGF) pada Julai 2012 di Myanmar memutuskan Malaysia dipilih mengambil tempat sebagai tuan rumah pada tahun 2017.
3. LEMBARAN BARU DALAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
Sukan SEA ke-29 kali ini adalah edisi julung kali yang menerapkan budaya mementingkan alam sekitar. Ini bakal direalisasikan menerusi 'Inisiatif Hijau' yang dijalankan pihak penganjur.
Selain meningkat sikap positif terhadap alam sekitar, inisiatif ini mempunyai matlamat mengurangkan pelepasan karbon ke udara ketika temasya berlangsung. Antara strategi yang akan digunakan untuk menjayakan matlamat ini termasuk:
- Penunjuk arah buat pejalan kaki dan penunggang basikal yang mencukupi ke lokasi-lokasi utama kejohanan.
- Khidmat perkongsian kereta
- Cekap-guna tenaga tenaga elektrik di lokasi-lokasi utama penganjuran
- Pembungkusan makanan yang boleh dikitar semula atau dikompos.
- Kemudahan sewaan basikal di lokasi-lokasi perpilih.
- Kemudahan sewaan kereta elektrik di lokasi-lokasi terpilih.
- Program kitar semula di lokasi-lokasi utama.
- Kempen penanaman pokok.
- Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
- Pelan perjalanan yang optima untuk atlet dan delegasi.
- Pengkomposas sisa makanan di lokasi-lokasi penganjuran.
"Inisiatif Hijau ini harus dijadikan permulaan dan kejayaan dalam budaya sukan, malah sebagai tuan rumah, kita berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan kepada pihak media baru-baru ini. Maklumat lanjut mengenai 'Inisiatif Hijau' boleh didapati dengan melayari laman sesawang, Kuala Lumpur 2017.
4. MARI MENGENALI 'RIMAU'
Sudah menjadi lumrah sesuatu temasya sukan, suatu maskot akan dipilih mengikut ciri-ciri yang ingin dipamerkan dan dijelmakan oleh pihak tuan rumah. Bagi Sukan SEA 2017, maskot yang terpilih adalah RIMAU.
RIMAU merupakan spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan berdaya saing. Ini sekaligus melambangkan jiwa atlet Malaysia yang sebenar. RIMAU juga merupakan singkatan kepada perkataan berikut:
- RESPECT (Hormat): Saling menghormati antara rakan dan lawan, pegawai-pegawai sukan dan peminat-peminat yang memberi sokongan. Mempertahankan nilai-nilai kesukanan sejati.
- INTEGRITI (Berwibawa): Jujur dan amanah dalam mematuhi kod etika kesukanan dan nilai yang diterapkan di dalamnya.
- MOVE (Tangkas): Tangkas, pantas dan gagah perkasa. Melangkaui had dan merentasi halangan.
- ATTITUDE (Bersikap positif): Bersikap positif dengan semangat kesukanan dan meraikan persahabatan. Bertanding untuk menang secara bermaruah.
- UNITY (Bersatu): Bersatu dalam menyemarakkan semangat kesukanan tulen.
5. LAGI BESAR, LAGI MERIAH
Sebanyak 405 acara membabitkan 38 jenis sukan bakal dianjurkan pada temasya tahun ini. Apa yang menarik perhatian, selain daripada acara-acara sukan biasa seperti olahraga, renang, gimnastik, bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain lagi, Sukan SEA 2017 bakal memperkenalkan lima acara sukan tambahan, dimana dua daripadanya adalah acara sukan musim sejuk.
Acara-acara tersebut merupakan hoki ais, luncur ais, kriket, 'contact bridge' (sejenis permainan kad terup), dan Tarung Derajat (seni mempertahankan diri yang berasal dari Indonesia). Lokasi-lokasi penganjuran bagi acara-acara sukan ini kebanyakkannya tertumpu di kawasan Lembah Klang terutamanya di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.
Bagaimnapun, terdapat juga acara yang dianjurkan di negeri-negeri lain seperti acara berbasikal trek yang bakal berlangsung di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan dan acara Ekuestrian (Endurance) yang bakal berlangsung di Terengganu. Maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh bagi setiap acara, boleh layari laman sesawang, Kuala Lumpur 2017.
Adakah anda sudah teruja untuk menyaksikan Sukan SEA 2017? Marilah kita sebagai rakyat Malaysia besama-sama menjayakannya. Bukan sahaja untuk memberikan sokongan kepada kontijen negara tetapi pada masa yang sama turut sama memeriahkan kejohanan. Malaysia Boleh!
Demikianlah Artikel Lima Perkara Menarik Sukan SEA 2017 Anda Sebagai Rakyat Malaysia Wajib Tahu!
Anda sekarang membaca artikel Lima Perkara Menarik Sukan SEA 2017 Anda Sebagai Rakyat Malaysia Wajib Tahu! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/lima-perkara-menarik-sukan-sea-2017_20.html