Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi

Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi
link : Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi

Baca juga


Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi

NEW YORK – Madonna, 58, berjaya mendapatkan perintah hakim untuk menghentikan lelongan 22 barang peribadi miliknya, termasuk seluar dalam satin, berus rambut dan surat dari bekas teman lelakinya, mendiang penyanyi rap, Tupac Shakur.

Hakim Mahkamah Agung di Manhattan, Gerald Lebovits mengeluarkan perintah sementara bagi menghalang acara lelongan dalam talian semua barangan itu, yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Lebovits turut mengarahkan jurulelong, Gotta Have It Collectibles untuk memberi keterangan pada 6 September depan, mengapa mahkamah tidak perlu mengeluarkan perintah injuksi awal terhadap mereka.

Arahan mahkamah itu dikeluarkan kelmarin, beberapa jam selepas Madonna mengemukakan saman dan keputusan yang didedahkan kepada umum, semalam.

Dalam permohonan kepada mahkamah, Madonna berkata, 22 barangan itu adalah antara 128 barang yang diserahkan untuk lelongan, kebanyakannya oleh Darlene Lutz, yang beliau anggap sebagai kawan lama dan perunding seni.

Penyanyi itu juga berkata, beliau tidak berniat untuk menghalang usaha melelong semua 128 barang terbabit, tetapi bakal berdepan ‘kemusnahan yang tidak boleh diperbaiki’ jika barang peribadi dan sensitif miliknya berjaya dijual.

“Memang sudah jelas bahawa defendan Lutz mengkhianati kepercayaan saya dengan tindakannya yang dianggap keterlaluan untuk mendapatkan harta benda saya tanpa kebenaran atau persetujuan saya.

“Beliau cuba mengaut keuntungan dengan mengenepikan hak saya, terutama hak saya untuk privasi,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi

Sekianlah artikel Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Madonna Berjaya Halang Lelong Barang Peribadi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/madonna-berjaya-halang-lelong-barang.html

Subscribe to receive free email updates: