Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin

Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin
link : Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin

Baca juga


Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin

KUALA LUMPUR: Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah 'top dog' pihak pembangkang dan setaraf perdana menteri adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar boneka dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebenarnya yang menjadi ketua pakatan pembangkang tetapi beliau tidak ditonjolkan dalam carta kepimpinan gabungan Pakatan Harapan.

"Sama ada beliau (Dr Mahathir) sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang.

"Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

"Maka, secara realitinya, Lim Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka," kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata senarai pemimpin Melayu yang diumumkan dalam struktur baharu barisan pembangkang juga sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP terhadap mereka.

Minggu lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden).Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Menyentuh mengenai tindakan Dr Mahathir mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam program 'Nothing To Hide 2.0' anjuran Armada PPBM, Tengku Sariffuddin mempersoalkan perkara itu kerana sepanjang menjadi perdana menteri, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat bersama musuh-musuh politiknya.

"Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat 'town hall' bersama musuh-musuhnya politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mencabar Najib di pentas 'Nothing To Hide 2.0' yang dijadual diadakan pada 13 Ogos depan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin

Sekianlah artikel Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir perlu sedar dirinya hanya boneka pembangkang - Tengku Sariffuddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mahathir-perlu-sedar-dirinya-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :