MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN

MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN
link : MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN

Baca juga


MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN

Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, jelas menunjukkan peribadinya yang semakin keanak-anakan dan pendendam.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga menyifatkan tindakan bekas perana menteri itu sekadar untuk melepaskan geram kerana masih gagal menumbangkan Najib, walaupun telah melakukan pelbagai cubaan sejak 2014.

“Tun M masih lagi berusaha memainkan sentimen itu kerana tidak berpuas hati atas kegagalan beliau itu. Pada saya, rakyat akan semakin melihat betapa Tun M semakin lama semakin tidak rasional.

“Tindakan ini sebenarnya menggambarkan beliau semakin keliru dalam perjuangannya dan telah menjadikan perkara ini sebagai isu peribadi, menampakkan beliau sebagai seorang pendendam,” katanya.

Mohd Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri anjuran JASA Pahang di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Beliau menambah kenyataan Dr Mahathir itu juga bersikap ‘memakan diri’ kerana menyebabkan rakyat semakin muak dengan permainan politik dendam yang diamalkan, yang tidak seharusnya ditunjukkan oleh seorang negarawan.

Mohd Puad berkata jika sekali pun Dr Mahathir berniat kembali untuk menjadi anggota Parlimen, beliau seharusnya bertanding di Kubang Pasu dan jika menang, berpeluang menyelesaikan masalah yang masih tidak selesai sepanjang beliau menjadi perdana menteri dan anggota Parlimen kawasan itu.

“Sudah 22 tahun menjadi perdana menteri kemudian mahu kembali bertanding di Pekan. Di mana rasionalnya? Dia sudah terlalu tua untuk bertanding dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi berpendapat Dr Mahathir adalah seorang yang gemar membuat gimik bagi mendapatkan perhatian dengan membuat kenyataan-kenyataan seperti itu.


Demikianlah Artikel MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN

Sekianlah artikel MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHU BERTANDING DI PEKAN SERLAHKAN PERIBADI DR MAHATHIR YANG PENDENDAM DAN KEANAK-ANAKAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mahu-bertanding-di-pekan-serlahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :