Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar

Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar
link : Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar

Baca juga


Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar

PUTRAJAYA – Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-Kad) pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak mencapai matlamat seperti disasarkan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata hanya 23 peratus atau 161,056 PATI  didaftarkan sehingga 10 malam ini, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam..

Beliau berkata ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

“Adakah program ini gagal? Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana? Kita anggap tidak berjaya sebab kedegilan majikan untuk tampil mendaftar.

“Kita telah memberikan masa secukupnya sejak 15 Feb lalu, malah hebahan melalui media juga dilakukan seacra berterusan bagi membolehkan majikan mengambil tindakan sewajarnya tetapi ia tidak digunakan seperti yang diharapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi pendaftaran menjelang tempoh akhir proses itu di Ibupejabat Imigresen di sini, hari ini.

Mustafar berkata jabatan itu juga mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan majikan bagi memperincikan mengenai perkara itu agar mereka dapat mengingatkan pihak yang berdaftar di bawahnya supaya mendaftarkan pekerja di bawah seliaan masing-masing.

“Walaupun hanya meletakkan syarat minimum iaitu proses pendaftaran E-Kad perlu diuruskan sendiri, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang terlalu sukar (buat mereka) kerana sifat suka menunggu sehingga saat akhir.

“Kenapa menjelang hari terakhir, begitu ramai majikan yang tampil untuk mendaftar pekerja masing-masing…pada kami, mungkin mereka beranggapan Jabatan Imigresen akan lanjutkan tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran itu dan akan melaksanakan gerak gempur besar-besaran selepas tengah malam ini.

Sehubungan itu, Mustafar mengingatkan majikan dan PATI agar tidak menyalahkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri atas tindakan yang akan diambil ke atas mereka kelak akibat sikap ambil mudah terhadap peluang yang diberikan itu.- BERNAMA
 

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar

Sekianlah artikel Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/majikan-degil-proses-e-kad-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :