Malaysia juara dunia!

Malaysia juara dunia! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia juara dunia!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia juara dunia!
link : Malaysia juara dunia!

Baca juga


Malaysia juara dunia!

"PINGAT emas ini hadiah terbesar saya buat keluarga dan negara," kata Matinin Sungkin, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas pertandingan Piala Dunia Tarian (DWC) 2017 di Offenburg, Jerman, baru-baru ini.

Ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini, Matinin berkata, dia tidak menyangka meraih pingat itu dalam kategori Solo Junior pada pertandingan peringkat antarabangsa itu.

Mengakui gemuruh ketika mengikuti pertandingan berkenaan, anak ke-10 daripada 12 beradik itu bagaimanapun tetap yakin setiap kali membuat persembahan kerana matlamatnya hanya mahu mengharumkan nama negara di mata dunia.

"Sejak mula dimaklumkan kami akan menyertai pertandingan DWC di Jerman, saya memang sudah meletakkan niat untuk mengharumkan nama keluarga serta negara.

"Jadi apabila berjaya memperoleh emas, pastinya ini kejayaan untuk semua, bukannya saya seorang sahaja," katanya.

Matinin adalah antara penari Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) pada DWC 2017 yang diadakan dari 24 Jun hingga 1 Julai lalu.

Selain Matinin, TOBISA turut merangkul pingat emas bagi kategori ‘Dance Impact’ dan dipilih penerima Anugerah Pilihan Pengerusi, selain pingat gangsa kategori solo kanak-kanak yang diraih menerusi Farihin Abdullah, 11.

Sementara itu, jurulatih TOBISA-Windbreeze Dance Company, Mohd Hairul Nazmie Talib berkata, secara keseluruhannya, pihaknya bersyukur kerana mendapat tempat 10 kumpulan terbaik daripada 40 negara bertanding.

"Setakat ini, kita masih belum mengetahui kedudukan sebenar, namun hanya dimaklumkan kami berada antara 10 kumpulan terbaik. Tahun lalu, kita berjaya mendapat tempat kelima pada keseluruhan acara," katanya.

Ini penyertaan kali keempat TOBISA dalam pertandingan itu sejak tahun 2014.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia juara dunia!

Sekianlah artikel Malaysia juara dunia! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia juara dunia! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-juara-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :