link : Malaysia Mara Ke Suku Akhir Skuasy Remaja Dunia
Malaysia Mara Ke Suku Akhir Skuasy Remaja Dunia
KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja kebangsaan meneruskan prestasi memberangsangkan mereka dengan mara ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia WSF 2017 di Tauranga, New Zealand, hari ini.
Anak buah Andrew Cross membelasah Kanada 3-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan C yang berlangsung di Devoy Squash and Fitness Centre, menurut laman web kejohanan, website;http://ift.tt/1lmGg0O.
Dalam perlawanan menentang Kanada, Zoe Foo Yuk Han menyumbang mata pertama kepada Malaysia dengan mengetepikan Nicole Kendall 11-3, 11-6 dan 11-3 sebelum juara dua kali Terbuka Remaja British, Aifa Azman, meraih kemenangan kedua dengan menumpaskan Charlotte Orcutt;11-5, 11-1 dan 11-6.
Juara Remaja Asia B-19 2016, S. Sivansangari melengkapkan kemenangan selepas mencatatkan 11-3, 11-6 dan 11-1 ke atas Emma Jinks dalam perlawanan ketiga.
Malaysia akan bertemu pilihan kelapan, New Zealand dalam suku akhir esok, selepas New Zealand berkesudahan di tempat kedua kumpulan A di belakang juara bertahan, Mesir.
New Zealand mengetepikan Australia 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan A.
Empat belas pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu, dengan Mesir mendahului cabaran kumpulan A bersama-sama New Zealand dan Australia, manakala Malaysia diundi bersama-sama Jerman dan Kanada dalam kumpulan B.
Juara lima kali England mengetuai cabaran kumpulan C bersama-sama India, Perancis dan Afrika Selatan manakala empat pasukan lagi — Hong Kong, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Ireland – berada dalam kumpulan D.
Kejohanan ini adalah kesinambungan kepada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Dunia WSF yang berakhir di venue sama pada Isnin. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Malaysia Mara Ke Suku Akhir Skuasy Remaja Dunia
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Mara Ke Suku Akhir Skuasy Remaja Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-mara-ke-suku-akhir-skuasy.html