Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar

Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar
link : Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar

Baca juga


Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan panggilan teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar atau e-hailing kini ‘dihalalkan’ untuk beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya meregulasikan undang-undang khusus terhadap perkhidmatan e-hailing itu.

Kelulusan dua rang undang-undang tersebut secara tidak langsung membolehkan individu menjalankan operasi Uber dan GrabCar kini tertakluk kepada kawal selia undang-undang sebagai antara jenis pengangkutan awam.

Rang undang-undang itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan e-hailing dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan ia sebagai satu perkhidmatan awam yang sah.

Nancy semasa membentangkan rang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat kelmarin berkata, e-hailing wajar dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara, tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.

“Langkah kawal selia itu untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan positif bukan sahaja kepada pemandu teksi, pemandu e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan.

“Mereka yang berminat akan dapat menerokai peluang dalam industri itu melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan kerana lebih 50 peratus pelanggan teksi menggunakan e-hailing,” kata Nancy lagi.

Pemandu teksi ujar beliau seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi itu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan ia tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi konvensional.

“Tetapi harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar

Sekianlah artikel Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-pertama-di-dunia-halal-uber.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :