link : Malaysia "Tidak Bercadang" Sekat Penggunaan "Aplikasi Telegram" !
Malaysia "Tidak Bercadang" Sekat Penggunaan "Aplikasi Telegram" !
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram sepertimana dilakukan negara jiran Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Menurut beliau, setakat ini pihaknya mendapati aplikasi Telegram tidak digunakan untuk aktiviti keganasan mahupun yang mempunyai unsur jenayah di negara ini.
“Saya teliti arahan dikeluarkan pemerintah Indonesia yang membatalkan penggunaan aplikasi Telegram dalam komunikasi penduduk Indonesia. Biarpun kita hormati langkah dilakukan Indonesia tetapi kita tidak berhasrat untuk melakukan tindakan sama di negara kita.
“Penelitian Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Unit Anti Keganasan Cawangan Khas PDRM mendapati aplikasi itu setakat ini tidak mengandungi unsur yang mengakibatkan jenayah seperti IS,” kata beliau pada sidang media di pusat membeli-belah Jakel, hari ini.
Indonesia mengalami beberapa serangan ganas dengan yang terbaru pada Mei lalu apabila tiga anggota polis terbunuh dalam serangan bom di sebuah stesen bas di Jakarta.
Ia sudahpun meningkatkan kerjasama antikeganasan dengan Malaysia dan FIlipina.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, pemantauan pihaknya mendapati terdapat 3 aplikasi lain dalam negara yang digunakan untuk unsur keganasan seperti IS.
“Tidak dengan Telegram, tetapi ada beberapa unsur yang kita perolehi melalui perkara lain. Ada aplikasi Youtube, Whatsapp dan Instagram.
“Tiga unsur itu memang tidak kita lakukan pemantaun dengan tidak berhasrat mencampuri perbualan peribadi.”
Zahid berkata, walaupun tidak menyekat penggunaan aplikasi berkenaan, KDN sentiasa memantau penggunaan 3 aplikasi berkenaan.
“Kita tidak akan lepaskan tanggungjawab untuk memantau, namun tidak berhasrat mencampuri perbualan peribadi antara pengguna Telegram. Kita hormati hak peribadi.
“Kita punyai kaedah tertentu jika terdapat komunikasi yang melibatkan keganasan, membiayai keganasan, mempromosi dan mempunyai unsur negatif melampau,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Malaysia "Tidak Bercadang" Sekat Penggunaan "Aplikasi Telegram" !
Sekianlah artikel Malaysia "Tidak Bercadang" Sekat Penggunaan "Aplikasi Telegram" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia "Tidak Bercadang" Sekat Penggunaan "Aplikasi Telegram" ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malaysia-tidak-bercadang-sekat.html