Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA

Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA
link : Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA

Baca juga


Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan masih menunggu laporan siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung dua insiden melibatkan pesawat Malindo Air ke Kuala Lumpur yang berpatah balik ke Dhaka dan sebuah lagi dilencongkan ke Delhi, Jun lalu.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan.

Katanya, laporan siasatan itu penting dalam usaha memastikan keselamatan penumpang diutamakan.

"Memang kita memandang berat tentang isu Malindo Air ini.

"Apa juga faktor yang menyebabkan pendaratan kecemasan itu, saya telah arahkan pihak DCA dan bahagian siasatan kemalangan udara untuk membuat pemeriksaan serta menghantar laporan kepada saya.

"Kita juga tunggu laporan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan 10 Tahun Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di sini hari ini.

Ketika ini katanya, beliau belum mendapat laporan penuh berhubung kedua-dua insiden itu.

"Pastinya keselamatan penumpang adalah diutamakan. Sekiranya ada apa-apa (masalah) teknikal, seperti AirAsia (sebelum ini) yang disebabkan masalah teknikal pada enjin, mereka terpaksa berpatah balik, itu kita kena kemukakan siasatan kemudian. Saya belum dapat lagi hasil siasatan sepenuhnya," ujarnya lagi.

Dalam kejadian 25 Jun lalu, pesawat Malindo Air dari Lahore, Pakistan ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Delhi, India kerana masalah enjin. 

Manakala pada 27 Jun, pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh ke Kuala lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal berikutan cermin depan retak.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA

Sekianlah artikel Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malindo Air patah balik: Kementerian tunggu laporan DCA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malindo-air-patah-balik-kementerian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :