link : 'Malu depan gawang'
'Malu depan gawang'
Johor Bahru: Biarpun pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais menyifatkan kemenangan 2-0 menewaskan Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, kelmarin satu permulaan baik namun masih belum berpuas hati dengan corak permainan skuad itu.
Pengendali dari Portugal itu yang memulakan tugas selaku jurulatih Harimau Selatan menggantikan Benjamin Mora yang kembali membimbing Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada saingan Liga Perdana, optimis masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan pada aksi itu.
Katanya, barisan serangan masih dibelenggu perasaan ‘malu’ untuk mencipta jaringan walaupun menguasai perlawanan dan memiliki peluang terhidang tatkala sembilan peluang terbaik hanya dua sahaja jaringan dapat dihasilkan.
“Ia perkara negatif yang perlu diubah kepada positif dan tidak boleh membiarkan senario itu berulang kerana mampu menjadi virus dan sukar untuk diubati sebaliknya harus dikekang dan perbaiki apa jua kelemahan dengan segera.
“Prestasi pemain juga memainkan peranan dan saya tidak nafikan ada pemain yang dibelenggu kecederaan dan tidak cergas sepenuhnya selepas saingan liga berehat selama sebulan malah saya lihat Safiq Rahim tidak beraksi seperti biasa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 'Malu depan gawang'
Anda sekarang membaca artikel 'Malu depan gawang' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/malu-depan-gawang.html