Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI

Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI
link : Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI

Baca juga


Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI

Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI

Jemaah haji perlu yakin setiap ibadah yang dilakukan itu diterima Allah bukannya ditentukan mana-mana individu. (Gambar: Haramain - Facebook)

Umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia yang memenuhi syarat sah haji akan menunaikan ibadah haji di Makkah tidak lama lagi. Seperti yang kita tahu, bilangan jemaah haji bukan sedikit. Statistik Arab Saudi pada tahun lalu menunjukkan seramai 1,862,909 jemaah menunaikan ibadah haji pada tahun 2016.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji mengikut negara atas faktor-faktor tertentu. Sebelum ini kuota haji Malaysia adalah seramai 27,900 orang dan ia dikurangkan kepada 22,320 pada tahun 2013. Ia berikutan kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram yang bermula pada tahun tersebut.

Hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara ini pada Februari lalu menyaksikan kuota haji untuk rakyat Malaysia dikembalikan. Malah, ia memberikan berita gembira apabila jumlah kuota ini ditambah kepada 30,200 jemaah.
 

SUMBANGAN 1MDB

Mungkin tidak ramai yang sedar, Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) sejak pada tahun 2011 menaja ramai ahli jawatankuasa masjid di negara ini untuk menunaikan ibadah haji. Pada tahun pertama, seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan rukun Islam kelima itu.

Jumlahnya bertambah kepada 400 orang pada tahun 2012 diikuti 800 (2013), 1,000 (2014) dan 1,200 (2015). Tahun lalu seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.

Susulan itu, pelbagai pandangan dilemparkan berhubung tajaan tersebut termasuk segelintir netizen yang melabelkannya sebagai 'dedak'. Dakwa mereka di media sosial, ia 'dedak' bagi mengekalkan Barisan Nasional (BN) terus memerintah sebagai Kerajaan Persekutuan.
 

INSENTIF KERAJAAN SELANGOR

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mengumumkan pemberian insentif khas kepada Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menegaskan pemberian wang sebanyak RM500 itu semata-mata bagi meraikan jemaah haji terbabit.

"Saya selaku Exco bertanggungjawab sangat mengalu-alukan dan menyambut baik keprihatinan kerajaan Selangor.

"Pemberian insentif khas ini yang akan diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sebagai tanda kepedulian dan penghargaan kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor yang bakal menjadi tetamu Allah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam kenyataan itu bagaimanapun menyeru jemaah haji Selangor yang menerima wang RM500 itu mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Selangor.

Bakal jemaah haji dari Selangor berpeluang mendapat insentif sebanyak RM500 daripada Kerajaan Negeri Selangor.

YANG MANA SATU 'DEDAK'?

Persoalan yang timbul yang mana satu wajar dianggap 'dedak' untuk jemaah haji. Tajaan oleh 1MDB atau insentif wang sebanyak RM500 yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Walau apa jua pandangan, perkara yang baik seperti menunaikan ibadah haji tidak harus dipolemikkan dengan begitu teruk hanya kerana syak wasangka dan harapan politik.

Sepertimana kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini, jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.

Tambahnya, jemaah haji perlu yakin setiap ibadah yang dilakukan itu diterima Allah, bukannya ditentukan mana-mana individu.

“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa yang amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah menerima permintaan kita,” katanya.
 

TUNGGU APA LAGI?

Jemaah Haji Muassasah Selangor disaran supaya memanafaatkan pemberian wang RM500 oleh kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan menghantar permohonan sebelum tarikh tutup pada 22 Julai ini.

Syarat-syarat kelayakan: 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat tawaran Lembaga Urusan Tabung Haji untuk mengerjakan haji Muassasah bagi tahun 1438H/2017M
  3. Bermastautin di Selangor dan mendaftar haji di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji sekitar negeri Selangor 
Kaedah permohonan:

Dokumen-dokumen seperti di bawah hendaklah disahkan serta diserahkan ke Pusat Khidmat DUN/Pejabat Penyelaras DUN Selangor.;

  1. Salinan Tawaran Tabung Haji Muassasah bagi tahun 1438H/2017M
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Tandatangan penerima ketika menerima sumbangan. 
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI

Sekianlah artikel Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mana Satu 'Dedak' Bila Jemaah Haji Terima Sumbangan 1MDB Atau MBI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mana-satu-dedak-bila-jemaah-haji-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :