Mangsa Culik

Mangsa Culik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Culik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Culik
link : Mangsa Culik

Baca juga


Mangsa Culik

Mangsa Culik

takpe-takpe, pakcik hantar balik

ye cerita ni aku ingat lagi dan dah jadi waktu aku darjah 3. tapi sebelum tu.

Assalamualaikum wbt semua, pertama pertama sekali,, aku nak ucapakan terima kasih pada pihak iium confession sebab sudi siarkan penulisan yang tak seberapa ini harap cerita aku dapat berikan ikhtibar pada semua rakyat malaysia dan dunia harapnya

okay aku sambung semula.

cerita yang aku nak cerita ni berlaku ketika aku darjah 3, macam biasalah petang petang yang hening kan mesti ramai kanak2 seronok nak bermain di taman. aku pun mulakan langkah dengan menaiki basikal dan seingat aku lagi aku memakai t-shirt putih jenama KIKO hahaha. sampai di taman aku pun sembang-sembang dengan kawan aku, waktu tu petang semestinya ramai orang di taman.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta pun datang menghampiri aku dan kawan2, yaaa waktu tu aku ingat kereta wira berwarna hijau dan dipandu oleh seorang lelaki.. umur umur pakcik dekat taman kita la kan, okay kitorang pun terdiam kejap, dan pakcik tu pun tanya la aku, aku ni jenisnya dulu pendiam tapi bila orang nak bersembang dengan aku aku boleh la jawab2 dan kategori aku masa kecik dulu seorang budak yang memandai mandai.. hahaha okay balik pada cerita, pakcik tu kenal-kenal dengan aku dan kawan aku, iffa namanya.. dan terbuka la cerita, dia minta tolong kitorang.

pakcik: adik tahu mana rumah guru kelas adik?

aku: saya tak tahu pakcik.

pakcik: adik, pakcik nak hantar buku latihan dan bola dekat rumah cikgu kamu, tapi pakcik tak tahu, kamu boleh tunjukkan jalan?

aku: saya tak pasti pakcik( innocence betul time ni aku macam layan je sembang pakcik tu)

pakcik: okay kamu ambil duit 2 ringgit ni ikut pakcik dan tolong tunjukkan jalan ke rumah cikgu kamu.

yang aku ni pun bijak pergilah ambil duit tu, tapi dalam masa yang sama aku memang tak tahu langsung rumah cikgu aku dekat mana, ya Allah time ni ramai yang cakap dekat aku, aku kena pukau sebabnya time aku ambil duit tu aku terus cakap nak ikut pakcik tu, aku ingat lagi

dengan semangatnya aku pun ikut pakcik tu tapi sebelum naik kereta tu aku pergi naik basikal jumpa adik aku, aku siap pesan lagi dekat adik aku,azim.

azim, kakak pergi ikut pakcik ni kejap tau.

si azim pun kecik lagi masa tu dalam darjah 2, azim pun angguk okay je. hahaha

dan aku pun ikut pakcik tu naik basikal sampai kedai. realitinyaa duit yang dua ringgit aku ambil tu aku memang pegang je dan tak beli pun plaster yang dia suruh tu fuhhhh. (mungkin nak plaster mulut aku)

lepastu aku pun park elok je basikal tu dekat depan kedai runcit tu dan ikutlah pakcik tu naik kereta.

masa naik kereta dengan pakcik tu aku rasa macam biasa je, yela pakcik ni mesti la baik sebab nak jumpa cikgu aku kan, tapi makin jauh dari perjalanan aku naik kereta ni aku sempat fikir, aku ni tak tahu nak pergi rumah cikgu aku, tapi kenapa aku ikut juga. haaa mungkin dah mula nak fikir waras balik. aku pun dah resah ni dah makin jauh pakcik ni bawak aku, tiba2 dia stop kan kereta dia dan dia keluar kereta kejap tengok sekeliling. lepastu pakcik tu naik balik dan sambung balik memandu macam biasa.

masa dalam kereta tu aku perasan ada sepasang kasut tumit cantik, ehh mesti ada isteri kan pakcik ni..

tiba sampai satu destinasi iaitu ladang kelapa sawit, masukklah kereta pakcik tu dalam ladang tu dan aku serius memang dah tersedar yang aku dalam keadaan tak selamat ni. aku genggam je duit 2 ringgit. dan berhentilah kereta tu dekat tengah-tengah ladang kelapa sawit tu.

yes aku dah nak mula nangis dah bila dah sampai tempat tu, pakcik tu macam laju je turun then dia kata ikut pakcik. lepastu aku tringat balik tadi bukan nak pergi rumah cikgu ke? kenapa bawa aku pergi semak2 ni.. warghhhhh

pakcik tu pun aku tak faham dia turun dari kereta dan laju jee terus pergi semak2 sawit tu dan aku tertinggal dekat kereta tu lagi terkedek kedek aku nak ikut pakcik sambil tu aku menangis kuat kuat sekuatnyaaa haaa tu macam berat betul kaki aku nak langkah ikut dia dan sambil tu aku memang genggam lagi duit dia tu.lepas dia nampak aku still dekat kereta dia lagi,, haa time ni la dia jalan patah balik laju betul dekat arah aku wehhh seram time ni, dia jalan sampai dekat aku, tiba2 dia pegang tangan aku dia angkat tangan dia macam nak lempang 50km/jam serius dengan mata merah bulat dia Allahu time tu aku terdiam, tapi tiba- tiba dia letak balik tangan dia dan tiba- tiba dia lembut,
dia cakap,

takpe-takpe pakcik hantar balik

Allahu masa ni aku rasa lega subhanAllah.. dia memang hantar aku balik sampai ke basikal aku, dan dia pun ambil balik duit yang 2 ringgit aku genggam dari awal sampai akhir jumpa pakcik tu. kedekut juga pakcik ni kan hahaha

dan aku pun balik terus kerumah aku, memang bahagia masa tu aku rasa selamat dan semua, aku balik dan aku terus nampak mak aku, aku pun cerita dekat mak yang aku ikut pakcik dengan bahagianya sambil gelak. aku siap cakap lagi mak2 pakcik tu mata dia bulat macam mak, mak aku pun apa lagi terkejut rupa rupanya anak dia tadi kena culik then aku baru sedar lepastu aku nangis lagi. mak aku mengucap panjang Allahu, time aku cerita dekat mak aku tu aku perasan mak aku tengah lepas mengaji dan pakai telekung lagi.

aku rasa sepanjang kejadian aku diculik tu mak aku tengah solat asar mungkin time pakcik tu jadi lembut time tu Allah makbulkan doa mak aku, mestinyaa ibu mendoakan keselamatan anak2 nya bukan.. inilah bukti doa ibu ni tanpa hijab. hari2 kalau boleh call parents minta doa mereka walaupun kita tahu mestinya mereka doakan.tapi bila kita sentiasa call mereka mesti mereka lagi ingat dekat kita kan

harapnya ibu bapa dekat luar sana cuba bagi pendedahan tentang isu ni pada anak2 korang. benda ni bila bila boleh jadi, zaman dulu tak banyak sangat pendedahan pasal benda ni, jadi ibu bapa aku dulu pun percaya pada anak2 dia, tapi turn aku nak kena culik kan, jadi semua baru beringat balik perkara2 yang perlu cakap pada anak2. dan nasihat tu penting sangat2 sebelum bagi anak keluar main-main petang. yela kanak2 macam aku dulu happy je keluar kalau petang2 tu.. lepastu aku ni jenis memandai-mandai. haa memang kena 2 ke 3 kali kena nasihatkan sebab budak macam aku ni cepat lupa bila memandai mandai dia dah datang hahaha.

syukur alhamdulillah aku selamat sampai sekarang, aku cuba jadi anak yang baik untuk keluarga aku dan alhamdulillah aku tengah sambung degree ni, doakan aku dan kawan2 semua sebab uitm baru nak exam lepas raya ni huwahhh

dan sampai sekarang aku macam rasa pelik kejadian ni, dan pakcik tu aku rasa ada lagi je dekat tempat aku. tapi aku harap dia dah berubah ke jalan yang benar. benda ni aku dah lapor pada polis, let Allah do the rest. thank you semua

F.N

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mangsa Culik

Sekianlah artikel Mangsa Culik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Culik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mangsa-culik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :