link : Mangsa Gangguan Sekksual Di Tempat Kerja Seperti Jilaat Bibir Dan Makan Dengan Cara Menggo0da Punca Kes Rogol dan maksiat..!
Mangsa Gangguan Sekksual Di Tempat Kerja Seperti Jilaat Bibir Dan Makan Dengan Cara Menggo0da Punca Kes Rogol dan maksiat..!
Cerita dari Seorang Mangsa Seksual
GURAUAN LUCAH DAN GANGGUAN SEKSUAL
Pengalaman pahit aku sewaktu praktikum lebih kurang 4 tahun lalu, hampir kesemua pegawai lelaki di jabatan tersebut suka bercakap dan bergurau lucah.
Bukan aku dan kawan yang menjalani praktikum di situ sahaja yang menjadi tempat berjenaka lucah pakcik-pakcik perverts ni malah kerani dan staf perempuan lain di pejabat pun kena.
Aku pernah mendengar pegawai lelaki bertanya staf perempuan pada bulan Ramadhan, nampak letih saja semalam buat projek kan? Langsung tidak menghormati wanita itu, privasi beliau dan juga suaminya, di bulan puasa pula.
Ya, pegawai gila seks ini orang Melayu Muslim yang solat dan puasa. Bergurau tersentuh, terpegang dan terpeluk staf perempuan juga aku pernah lihat. Ada sekali tu, menyentuh manik pada baju kurung di bahagian dada seorang pegawai Cina dengan mengatakan cantiknya. Memalukan agama.
Majoriti pegawai lelaki di situ lebih tua dari ayah aku. Bayangkan seorang pakcik ini menggunakan pisang goreng sebagai jenaka lucah dengan meletakkan di bahagian kemaluannya sambil ketawa sebelum makan di hadapan aku dan kawan. Jijik!
Pernah juga seorang pegawai yang lain menghantar ke meja aku jeruk mangga yang dibawa oleh seorang makcik kerani. Pegawai itu cuba melucah dengan aku dengan mengatakan buah mangga tersebut sudah kecut kerana kerani itu sudah tua. Aku masih ingat dia cakap, “bukan macam awak punya kan?”
Aku mengamuk dan cakap dengan dia kalau ada orang tua macam encik cakap macam ni dengan anak perempuan, bagaimana ya? Dia langsung tak bercakap dengan aku tapi memang aku kena mark di pejabat lepas tu.
Pegawai-pegawai lelaki di situ mengata aku, “tak suka konon” dan macam-macam lagi tetapi langsung tiada sesiapa membela aku. Itu masalahnya dengan perlakuan dan pemikiran tak senonoh lelaki begini. Tiada sesiapa mahu bersuara dan menegur!
Sebab tu aku menyampah dengan sebilangan lelaki ‘bagus’ yang sudahlah tidak membela wanita malah menyalahkan wanita pula ataupun sibuk mengatakan tak semua lelaki begitu bila ada isu berkaitan. Memanglah tak semua tapi ada dan ramai juga.
Gangguan sebegini mungkin jarang berlaku pada lelaki tetapi sangat ramai perempuan terpaksa menghadapinya cuma tak tulis di Facebook saja. Bila orang suruh hormat wanita mula nak cakap Islam sudah lama mengangkat martabat dan memuliakan wanita. Buktikannya.
Kredit Penulis Nur hafizah
Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Seperti Jilat Bibir Dan Makan Dengan Cara Menggoda Punca Kemerosotan Kualiti Kerja , sememangnya itulah masalah seksual yang berlaku ditempat kerja . Tidak perlu tunggu untuk berlaku touch n touch , cukup sekadar perbuatan sudah melambangkan reaksi kita .
Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes rogol dan cabul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja
Perlakuan yang disifatkan gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal.
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes.
Daripada jumlah itu, kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk cabul dicatatkan, manakala kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dicatatkan, manakala cabul sebanyak 114 kes.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kes seumpama ini kerap berlaku kerana mangsa terlalu mudah percaya selepas suspek menabur janji manis serta pujian.
“Apabila mangsa mudah diperdaya, suspek pastinya akan mengambil peluang atau kesempatan, selain sikap suspek yang ingin menunjuk kehebatan diri.
“Lebih penting, pihak terbabit kurang pengetahuan undang-undang dan penghayatan agama, sekaligus tidak menghormati hak dan kehormatan mangsa,” jelasnya.
Tambah Hamidah lagi, antara gangguan seksual yang sering dilaporkan termasuk secara lisan seperti komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
“Ada juga secara bukan lisan seperti pandangan, kerlingan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau tingkah laku mengurat.
“Jenis gangguan secara visual pula berlaku apabila mangsa ditunjukkan dengan bahan lucah, melukis gambar lucah dan pujuk rayu yang berterusan.
“Dan gangguan secara fizikal pula melibatakan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk dan mencium serta serangan seksual,” jelasnya.
Bagaimanapun, kata Hamidah, ada kejadian gangguan seksual yang berpunca daripada mangsa sendiri, selain sikap ibu bapa.
“Mereka (ibu bapa) tiada masa untuk berkomunikasi dalam keluarga serta tidak mamantau aktiviti anak-anak. Paling jelas kerapuhan institusi kekeluargaan menyumbang kepada pelbagai anasir negatif.
“Selain itu, kes ini juga berlaku disebabkan pengaruh filem lucah yang boleh ditonton menerusi internet atau VCD,” jelasnya.
Katanya lagi, mangsa yang mengalami gangguan seksual ini perlu berani tampil membuat laporan bagi mencegah kes cabul atau rogol terus berlaku di kalangan majikan dan rakan sekerja, lapor dari laman mStarOnline. Via awakcute
Demikianlah Artikel Mangsa Gangguan Sekksual Di Tempat Kerja Seperti Jilaat Bibir Dan Makan Dengan Cara Menggo0da Punca Kes Rogol dan maksiat..!
Anda sekarang membaca artikel Mangsa Gangguan Sekksual Di Tempat Kerja Seperti Jilaat Bibir Dan Makan Dengan Cara Menggo0da Punca Kes Rogol dan maksiat..! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mangsa-gangguan-sekksual-di-tempat.html