KUALA LUMPUR – “Bagai cacing kepanasan.” Itu antara gelagat lebih 500 ‘mat motor’ yang diperiksa menerusi Op Tutup di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi.
Dalam operasi dua jam bermula 9.30 malam itu, polis menghalang beberapa jalan utama menyebabkan kumpulan bermotosikal berkenaan seperti terkepung dan tiada jalan keluar.
Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan malam tadi mendapati kesesakan lebih tiga kilometer turut berlaku di sepanjang jalan itu berikutan motosikal yang menunggu giliran untuk melepasi sekatan jalan raya.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata menerusi operasi itu, 391 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
“Daripada jumlah itu, cukai jalan telah tamat tempoh dikesan menjadi kesalahan tertinggi dengan 66 saman dikeluarkan diikuti kesalahan tiada lesen memandu dengan 58 saman.
“Kesalahan lain yang dikenakan saman adalah lesen tamat tempoh (42 saman), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan ‘fancy’ (tidak jelas) (76 saman), tiada nombor pendaftaran (55 saman), tiada cermin sisi (26 saman), tidak menampal pelekat ‘P’ (44 saman) dan tidak menampal pelekat ‘L’ (24 saman).
Menurut Mohd Nadzri, operasi disertai 64 pegawai dan anggota itu turut menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam satu kes curi motosikal yang dilaporkan di Sentul. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel ‘Mat Motor’ Terkepung, 391 Saman Dikeluarkan
Sekianlah artikel ‘Mat Motor’ Terkepung, 391 Saman Dikeluarkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Mat Motor’ Terkepung, 391 Saman Dikeluarkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mat-motor-terkepung-391-saman.html
Berat mata memandangnyaMANGSA kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, petang semalam, memerlukan perhatian dan bantuan segera.
Ia berikutan ketika…Read More...