Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ
link : Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Baca juga


Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Apabila seseorang itu berdepan dengan situasi barang kepunyaan didapati hilang pasti akan merasa panik serta berfikir macam-macam malah turut memikirkan sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Mungkin buat laporan polis adalah jalan terbaik dan selesai semua masalah. Tetapi bagaimana jika terus menerus menuduh orang lain tanpa ada bukti atau bertanyakan masalah berkenaan kepada pawang atau bomoh yang penipu? Pasti lain jadinya nanti.

Perkongsian daripada lelaki ini agak mengejutkan apabila beliau telah meminta khidmat nasihat daripada seorang ustaz yang dipercayai berasal dari Indonesia dengan mengajarkannya membaca surah Al-Imran, ayat 9 dengan bacaan sebanyak 41 kali sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahannya itu.

Menurut lelaki berkenaan, dompet yang dicarinya itu selama ini disangkakan hilang entah ke mana, rupa-rupanya ia berada di satu tempat yang sering dilaluinya setiap hari tetapi beliau dan isterinya dikatakan tidak pernah nampak kerana pemandangan mereka telah pun 'ditutup'.


Oleh: Herosifuchess Rockmania

Saya kongsi sedikit apa yang berlaku kepada saya sehari dua ini ya. Semalam lebih kurang jam 11.30 pagi, dompet di tangan saya. Tiba-tiba saya tak ingat saya letak di mana. Dalam poket seluar ke, di meja ke. Jenuh saya dan isteri mencarinya berjam-jam di segenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah, kot-kot terbuang.

Selain itu, saya cari juga di dalam mesin basuh, dalam bilik air, bawah katil. Bawah kerusi dan apa semua tetapi masih tidak berjaya menemui dompet saya. Akhirnya isteri mengajak saya membaca yasin bersama-sama, buat solat hajat dan berdoa.

Selepas itu kami teruskan mencari dan mencari. Malangnya kami masih lagi gagal menemui apa-apa, lalu kami pergi membuat laporan polis untuk salinan dokumen pengenalan diri buat sementara. Ye lah, semua dokumen penting saya yang hilang.

Selepas itu, saya masuk ke pejabat seperti biasa. Di pejabat, isteri cuba mencari doa-doa berkaitan dengan barang-barang hilang. Ada banyak jenis doa tetapi tiba-tiba saya teringat pada Ustaz Luthfi yang mengajar anak-anak tahfiz di kawasan kejiranan saya. Saya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan menceritakan apa yang telah berlaku.

Saya meminta pandangan dari Ustaz Luthfi tentang apa ikhtiar seterusnya yang saya perlu lakukan. Ustaz Luthfi pada waktu itu sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al- Imran, ayat 9, sebanyak 41 kali.

Dan pagi tadi, saya pun membaca surah yang diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41 kali. Selesai membaca, saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat menemui barang yang hilang di atas kecuaian saya sendiri.

Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan ternampak ada sesuatu yang tergantung di tirai itu. Allah! Dompet saya! Allah tunjukkan cash kepada saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.

Berdiri bulu roma saya sebab saya dan isteri sudah banyak kali lalu di tirai itu, keluar masuk tetapi tidak nampak apa-apa pun dari semalam.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kepada semua. Kalau barang hilang, jangan cepat membuat tuduhan dan jangan kalut terus pergi jumpa bomoh buang saka bagai. Sebaliknya mintalah kepada Allah SWT dan yakinlah kepadaNya.

Kalau Allah tak makbulkan permintaan kita sekalipun, tidak perlulah kecewa tetapi redha seadanya kerana semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman semata-mata termasuklah nyawa kita sendiri. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil hakNya. Kita ini tiada apa-apa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ

Sekianlah artikel Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mata Saya Dan Isteri Telah "Ditutup" Tak Nampak Barang Yang Hilang Itu Sedangkan Kerap Kali Lalu Di Situ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mata-saya-dan-isteri-telah-ditutup-tak.html

Subscribe to receive free email updates: