link : Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Perairan Tjg Laboh
Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Perairan Tjg Laboh
JOHOR BAHRU – Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung di perairan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, hari ini.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Batu Pahat Lt Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mayat tersebut ditemui nelayan pada 1.05 tengah hari ini.
“APMM Pangkalan Maritim Batu Pahat menerima panggilan telefon daripada seorang nelayan mengenai penemuan mayat di kedudukan empat batu nautika perairan Tanjung Laboh dan sejurus itu, kita menggerakkan sebuah bot peronda ke tempat kejadian untuk mengambil mayat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Muhammad Zulkarnain berkata setibanya bot di kawasan yang dilaporkan pada 3 petang, anggota APMM mendapati mayat tersebut adalah seorang lelaki dan tiada pengenalan diri.
Beliau berkata mayat itu yang dibawa ke Jeti Pangkalan APMM Batu Pahat, tiba pada 3.50 petang dan diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.
Katanya APMM akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan di perairan negara dan jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut,
APMM berharap orang ramai memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat 07-4344020. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Perairan Tjg Laboh
Anda sekarang membaca artikel Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Perairan Tjg Laboh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mayat-lelaki-ditemui-terapung-di.html