MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina

MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina
link : MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina

Baca juga


MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina

ALOR SETAR: MCA akan memanfaatkan gerak kerja bancian sikap sebagai medium mendekati peringkat akar umbi terutamanya kaum Cina di seluruh negara dalam usaha mengetahui permasalahan dihadapi kaum itu supaya dapat diberikan perhatian oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Wanitanya Datuk Heng Seai Kie berkata bancian sikap itu yang akan dilaksanakan secepat mungkin setelah MCA selesai mengadakan sesi latihan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) bersifat lebih menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas mengenai idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap masalah kaum itu.

"MCA di setiap peringkat negeri akan melakukan bancian sikap ini masing-masing dengan melibatkan semua peringkat dalam parti termasuk Wanita dan Pemuda MCA sebagai persediaan menghadapi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14). Kita akan pergi rumah ke rumah untuk mendengar masalah dihadapi rakyat.

"Bancian sikap ini memberikan peluang kepada kita berdepan secara langsung dengan rakyat untuk mendapatkan maklumat paling jitu dan tepat," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat latihan JR Plus bagi MCA Kedah dan Perlis di sini, pada Sabtu.

Heng berkata segala pendapat yang dikumpul itu akan dilaporkan kepada Kerajaan Pusat supaya dapat dijadikan sebagai bahan untuk draf persediaan bajet yang akan datang.

"Hasil daripada bancian sikap ini, kita buat tindakan susulan untuk membantu rakyat dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Jadi bancian sikap pada kali ini akan lebih holistik," katanya.

Sehubungan itu, Heng mengalu-alukan sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan untuk bersama-sama MCA dalam pelaksanaan bancian sikap berkenaan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. - BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina

Sekianlah artikel MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mca-manfaatkan-bancian-sikap-dekati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :