Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud

Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud
link : Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud

Baca juga


Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud

KUALA LUMPUR - Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang lelaki Melayu sanggup menghabiskan RM200,000 untuk menukar wajahnya menyerupai anime, namun tampil seorang wanita mendakwa lelaki berwajah anime itu sebenarnya tidak wujud, lapor Harian Metro.
Wanita berusia 21 tahun menggunakan nama Bella Barbie itu berkata, wajah sebenar lelaki yang terkenal dengan nama Miyyo Rizone itu adalah amat berbeza dengan wajahnya yang sebenarnya. 
Dakwa Bella, lelaki itu telah menipu orang ramai dengan hanya menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan gambar seperti Camera360 dan Beauty Plus untuk mengubah wajahnya menyerupai watak anime untuk mendapatkan perhatian. 
"Sebab itu Miyyo Rizone tidak mahu munculkan dirinya apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang diviralkan. 
"Selain wajah, namanya Amirul Rizwan Musa yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini. Nama sebenar lelaki ini adalah Muhammad Syahrizal Ikhwan bin Musa," katanya. 
Tambahnya lagi, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu juga bukanlah RM200,000, sebaliknya kos pembedahan itu tidak sampai RM5,000. 
"Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu. 
"Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000," katanya. 
Dakwa Bella lagi, lelaki itu juga gemar mendongakkan mukanya apabila merakam video dan gambar untuk menampakkan dirinya kurus.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan Bella yang dianggap sengaja menjatuhkan kawannya sendiri.

Bagaimanapun Bella menafikan dan menjelaskan bahawa dia bukan mahu mengaibkan atau mencari publisiti murahan tetapi tidak mahu orang ramai terus terperdaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu. 


"Bukan nak aibkan, tapi tak nak rakyat-rakyat Malaysia tertipu dan bukan kawan makan kawan. Bila ada pihak yang minta keterangan, kenalah beri kerjasama.
"Nak kutuk saya fake ke, plastik ke, terpulang. Lagi satu, saya bukan Islam jadi tak perlu nak judge dosa pahala. Judgelah orang yang sepatutnya korang nak judge. Tak suka jangan comment.
"Seperkara lagi, dia punyalah takut orang nampak muka sebenar dia. Dia takkan basuh muka sebelum tidur if outstation dengan kami," katanya.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud

Sekianlah artikel Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Media ditipu, lelaki berwajah anime sebenarnya tak wujud dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/media-ditipu-lelaki-berwajah-anime.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :