Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat

Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat
link : Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat

Baca juga


Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat

MELAKA – Polis Kontinjen Melaka berjaya mencapai sifar kes pecah rumah hasil daripada kaedah pengisian  borang balik kampung Op Selamat 11/2017 sempena sambutan Aidilfitri yang berlangsung dari 18 Jun hingga 2 Julai.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata pada tahun ini, pihaknya menerima sebanyak 1,704 borang balik kampung yang dihantar oleh orang ramai sebelum cuti sambutan Aidilfitri bermula.

“Hasil yang diterima menerusi kaedah ini amat berkesan apabila tiada sebarang kes pecah rumah atau kecurian dilaporan pada 1,704 premis yang menghantar borang balik sepanjang dua minggu cuti Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Melaka hari ini.

Beliau berkata polis telah melakukan sebanyak 2,168 rondaan dengan purata dua atau tiga kali sehari bagi  rumah yang menghantar borang balik kampung.

Abd.Jalil berkata walaubagaimanapun terdapat kes pecah rumah berlaku di premis yang tidak menghantar borang balik kampung.

“Kes pecah rumah di premis yang tidak menghantar borang balik kampung pada tahun ini mencatat penurunan daripada 29 kes (2016) kepada 22 kes pada tahun ini,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pihak polis melakukan rondaan ketika mereka tiada di rumah dan bercuti di kampung halaman masing-masing.

Mengulas mengenai Op Selamat 11/2017 bagi negeri Melaka, Abd.Jalil berkata jumlah kemalangan jalan raya meningkat 10 peratus iaitu dari 795 kes pada 2016  kepada 875 kes pada tahun ini.

Katanya jumlah kemalangan maut turut meningkat iaitu  tujuh kes pada tahun 2016 kepada lapan kes pada Op Selamat tahun ini  iaitu dengan peningkatan sebanyak 14.2 peratus, namun demikian jumlah kematian pada tahun ini kekal kepada 10 kematian.

“Jumlah kenderaan terlibat dalam Op Selamat 11/2017 turut bertambah dari 1,692 buah berbanding 1,369 buah pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 23.6 peratus,”Katanya.

Abd.Jalil berkata jumlah saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 11/2017 turut meningkat iaitu 4,875 saman berbanding 4,813 saman pada tahun 2016, iaitu dengan peningkatan sebanyak 62 saman.

Beliau berkata manakala jumlah kompaun saman menurun daripada RM169,000 kepada RM94,370 bagi tahun ini, menunjukkan bahawa jumlah kompaun saman menurun sebanyak 44.1 peratus.

Dalam perkembangan sama, Abd.Jalil menasihati orang ramai terutamanya pemandu wanita yang memandu kereta secara bersendirian  agar lebih berhati-hati ketika berhenti di perhentian lampu isyarat.

“Teknik terbaharu yang dapat kita kesan ialah penjenayah mengambil kesempatan membuka pintu kereta sebelah penumpang  atau memecah tingkap cermin kereta sebelah penumpang bagi meragut beg tangan mangsa.

“Saya nasihatkan agar orang ramai meletakan beg tangan di bawah kerusi pemandu ataupun di tempat yang tersorok bagi menidakkan peluang untuk peragut melakukan aktiviti jenayah mereka,” katanya.

Katanya jumlah kes pecah cermin kereta sehingga Jun 2017 ialah 24 kes berbanding 26 kes pada Jun 2016.

-BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat

Sekianlah artikel Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melaka Catat Kes Pecah Rumah Sepanjang Ops Selamat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/melaka-catat-kes-pecah-rumah-sepanjang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :