Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil

Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil
link : Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil

Baca juga


Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil

Ramai yang terkejut apabila mengetahui yang aktres Gal Gadot sedang hamil ketika melakonkan watak filem aksi box officeWonder Woman.

Dan beliau tidak bersendirian mengejutkan dunia. Pemain tenis terkenal dunia, Serena Williams juga mengejutkan orang ramai kerana ketika sedang hamil, beliau mampu menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Walaupun wanita-wanita hebat ini sentiasa melalui jadual yang sangat sibuk, mereka masih dapat membahagikan masa dalam kehidupan profesional dan peribadi. Kehamilan tidak menghalang mereka mencapai tujuan kerjaya yang diinginkan, dengan menjadikan ia suatu perkara normal seperti mana menjalani kehidupan seharian.

Berikut adalah antara kisah beberapa orang wanita berkerjaya dan terkenal melakukan sesuatu pencapaian yang menakjubkan ketika mereka sedang hamil:

Kristie Moore

Kredit: Facebook| David Franklin

Pada tahun 2010, pemain curling kebangsaan Kanada ini telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik musim sejuk Vancouver, Kanada dalam acara curling. Ketika itu beliau sedang hamil 5 bulan.

Theodora Elisabeth Gerarda Anky van Grunsven

Kredit: anky_van_grunsven_officialVerified

Theodora Elisabeth Gerarda Anky van Grunsven adalah atlit ekuestarian dari negara Netherland. Semasa sedang hamil beliau telah memenangi pingat emas dalam acara ekuestarian di Sukan Olimpik di Athen, Greece pada tahun 2004.

Alysia Montano

Kredit: balanceholistichealth

Alysia Montano mengagumkan semua dengan keupayaannya yang menakjubkan apabila berjaya menamatkan larian 800 meter dalam Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat pada tahun 2014 ketika sedang hamil 8 bulan. Sangat hebat dan amat luar biasa wanita ini.

Kareena Kapoor Khan

Kredit: kareena69

Siapa yang tidak kenal dengan Kareena Kapoor, aktres Bollywood yang terkenal. Tahun lalu Kareena Kapoor telah memulakan penggambaran filem Veera De Wedding ketika beliau sedang hamil 4 bulan.

Dengan tiada masalah, beliau melakonkan watak dalam filem tersebut dengan rakaman watak wanita sedang hamil yang sebenar. Dan ketika sedang sarat mengandung, beliau menjadi selebriti pertama yang berjalan di pentas Minggu Fashion Lakme dengan keadaan hamil.

Di samping itu, beliau terus menjalani penggambaran filem yang lain, sehingga ke minggu terakhir pada tarikh beliau dijangka melahirkan anaknya. Nampaknya, Kareena sememangnya wanita kental yang mementingkan kerjaya.

Jaya Bachchan

Kredit: Rediff

Aktres Jaya Bachchan adalah isteri kepada aktor Amitabh Bachchan. Mereka adalah pasangan terkenal di Bollywood.

Semasa melakonkan watak dalam filem Sholay beliau sedang mengandungkan anak pertamanya. Namun tidak jelas kelihatan dalam filem tersebut yang menunjukkan yang beliau sedang hamil. Ramai penonton yang tidak menyedari akan kehamilannya ketika itu.

Era Baru

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil

Sekianlah artikel Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengagumkan! Wanita-wanita ini berjaya dengan pencapaian membanggakan dan mereka melakukannya ketika sedang hamil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mengagumkan-wanita-wanita-ini-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :