link : Mesej Putera Saudi Buat Negara Arab Dan Umat Islam Dalam Isu Al-Aqsa
Mesej Putera Saudi Buat Negara Arab Dan Umat Islam Dalam Isu Al-Aqsa
Ketika banyak negara islam berdiam diri mengenai krisis Al-Aqsa yang sedang berlaku, putera kepada bekas Raja Arab Saudi, Fahd Bin Abdulaziz menulis di Twitter untuk menyeru orang Arab dan Muslim untuk "pergi dan berjuang untuk Al Aqsa."
Dalam satu tweet, Putera Abdulaziz Bin Fahd memberitahu 3.1 juta pengikutnya:
"Setiap orang Muslim wajib memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Masjid Al-Aqsa, semua orang dengan cara masing-masing.
"Wahai bangsa Muhammad, tunjukkan kepada mereka siapa kamu. Mengabaikan Al-Aqsa akan menjadi suatu penghinaan dan Allah akan mempertanggungjawabkannya ke atas kita."
Ketegangan meningkat di Palestin selepas Israel memasang pengesan logam di pintu masuk masjid Al Aqsa selepas tiga penyerang Palestin membunuh dua penjaga polis Israel pada 14 Julai lalu.
Umat Islam Palestin sejak itu menolak untuk solat di dalam masjid itu dan memilih untuk solat di luar.
Dalam tweet lain beliau menulis:
"Wahai bangsa Muhammad dan (hamba) Allah, masjid ketiga menjadi tawanan jenayah pencerobohan, adakah tidak ada yang bijak antara kita?
"Mari kita pergi dan berjuang, kita akan sama ada menang dan menyelamatkannya, atau kita gagal tetapi akan diampuni oleh Tuhan kita."
Putera Saudi itu juga memuat naik video bapanya ketika lawatan ke White House, di mana beliau menekankan pentingnya mencari penyelesaian yang adil dalam isu Palestin dan memberi kemerdekaan kepada rakyat Palestin.
Pada hari Selasa, Israel menggantikan pengesan logam dengan kamera keselamatan.
Ia dilaporkan selepas Jordan dan Israel mencapai persetujuan mengenai krisis Al Aqsa, selepas Kerajaan Hashemite itu bersetuju membenarkan seorang pengawal Israel, yang membunuh dua warga Jordan di Kedutaan Israel di Amman pada hari Ahad, untuk pulang ke rumah pada hari Isnin.
Demikianlah Artikel Mesej Putera Saudi Buat Negara Arab Dan Umat Islam Dalam Isu Al-Aqsa
Anda sekarang membaca artikel Mesej Putera Saudi Buat Negara Arab Dan Umat Islam Dalam Isu Al-Aqsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mesej-putera-saudi-buat-negara-arab-dan.html