Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak

Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak
link : Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak

Baca juga


Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak

BUENOS AIRES – Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi akhirnya mengahwini kekasihnya sejak zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo di kampung halaman mereka di Rosario, hari ini.

‘Perkahwinan abad ini” tersebut malahan berlangsung agak meriah dengan dihadiri ramai rakan bola sepak dan selebriti undangan termasuk penyanyi pop terkenal Latin, Shakira, menurut laporan media antarabangsa.

Upacara diadakan secara tertutup itu menampilkan kedua-dua pasangan dengan riang gembira ketika berjalan di atas permaidani merah dengan ratusan wartawan berkumpul di kompleks hotel dan kasino di bandar tersebut.

Roccuzzo, 29, tampil dengan gaun putih ala ikan duyung hasil rekaan pereka fesyen Sepanyol, Rosa Clara. Turut hadir ialah ibu bapa Messi iaitu Jorge Horacio Messi dan Celia Maria Cuccitttini serta kakak Messi, Maria Sol Messi.

Shakira dan suaminya, termasuk beberapa lagi rakan karib Messi antaranya Gerard Pique, Neymar dan Luis Suares, dilaporkan sanggup terbang jauh ke Argentina untuk menyertai 260 tetamu bagi upacara pernikahan itu.

Media Argentina menyifatkan sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kepada Rosario, sebuah bandar pelabuhan di utara negara tersebut di mana Roccuzzo pernah bertemu dengan Messi yang ketika itu baru berusia sembilan tahun.

Bekas rakan sepasukan kelab Barcelona di Sepanyol yang kini beraksi untuk Chelsea, Cesc Fabregas juga hadir, termasuk rakan penyerang skuad kebangsaan Argentina, Sergio Aguero yang kini bersama Manchester City.

Messi dan Roccuzzo tinggal di Barcelona namun masih kerap pulang ke Rosario untuk bercuti. Meskipun Messi berpindah ke Sepanyol ketika berusia 13 tahun untuk menyertai Barcelona, pasangan itu terus berhubung.

Messi, 30, menempa nama apabila memenangi anugerah berprestij bola sepak antarabangsa, Ballon d’Or sebanyak lima kali selain pernaj menjadi pemain terhebat dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak

Sekianlah artikel Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Messi Akhirnya Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/messi-akhirnya-kahwin-kekasih-sejak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :