Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba

Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba
link : Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba

Baca juga


Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba

KUALA TERENGGANU – Rakyat di negeri ini digesa memiliki alat pemadam api sendiri di rumah bagi memastikan sebarang kejadian kebakaran yang berlaku di rumah masing-masing dapat dikawal dari awal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azlimin Mohd Noor berkata mengikut pemantauan yang dilakukan pihaknya, kesedaran dalam kalangan rakyat di negeri ini berhubung perkara itu masih rendah.

“Masyarakat sepatutnya menyedari ia merupakan satu keperluan supaya rumah kita dapat dilindungi bila berlakunya kebakaran.

“Dengan adanya pemadam api, kebakaran dapat dikawal dari awal sebab kalau api dah merebak susah untuk (bomba) padam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran beberapa agensi kerajaan di Jalan Kemajuan, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zuber Embong serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis hari raya itu yang dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Klinik Kesihatan Hiliran, Bank Negara, Pusat Percetakan Nasional dan Mahkamah Negeri.

Ahmad Razif pada majlis itu turut menyampaikan alat pemadam api kepada 15 wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) negeri ini sebagai simbolik Kempen Satu Rumah Satu Pemadam Api (RAPI) oleh Bomba Malaysia.

Azlimin dalam pada itu berkata bagi memastikan kempen berjalan lancar, pihaknya menyasarkan untuk memberikan kira-kira 300 tong pemadam api kepada kawasan perumahan di negeri ini khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

“Buat masa ini kita telah memberikan kira-kira 15 tong pemadam api kepada J3K Flat Bukit Kecil, Flat Hiliran dan Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus. Bagi kawasan kediaman yang lain, pihak bomba mungkin tidak mampu untuk sediakan ekoran kekangan kewangan.

“Namun begitu kita bercadang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membekalkan alat pemadam api kepada penduduk yang benar-benar memerlukan bagi mengurangkan kadar kes kebakaran di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

SEKADAR VIDEO HIASAN:

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba

Sekianlah artikel Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Miliki Alat Pemadam Api Sendiri Di Rumah – Bomba dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/miliki-alat-pemadam-api-sendiri-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :