Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik

Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik
link : Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik

Baca juga


Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik  tanah air kerana  mereka akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Beliau berkata, individu yang dimaksudkan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Bukan maksud saya apabila kita menyatukan rakyat, semua akan beri sokongan kepada  Barisan Nasional, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seperti mana hari ini di mana suasana politik Malaysia sangat penuh dengan keracunan, kebencian dan hasutan yang sebenarnya datang daripada tiga tokoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Wangsa Maju, di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin Umno, dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.

Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

Justeru kata Khairy  ketiga-tiga individu terbabit harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing  supaya ‘masalah lama’  sejak 20 hingga 30 tahun lepas tidak dibawa ke masa depan.

“Berilah peluang untuk kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat,” katanya.

Sementara itu Khairy berkata pemimpin Umno perlu menerapkan budaya ‘5C’ iaitu ‘clean’ (bersih), ‘competent’ (cekap), ‘compassionate’ (berbelas kasihan), ‘contemporary’ (kontemporari)  dan ‘competitive’ (kompetitif) supaya parti itu terus mendapat sokongan khususnya daripada sesetengah orang Melayu yang berasakan mereka tidak lagi memerlukan Umno.

“Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat apa-apa daripada kerajaan atau perjuangan Umno atau mungkin mereka dapat( faedah), tetapi berasakan mereka hebat atas sebab diri mereka sendiri.

“Mereka nak tengok pada nilai, ketrampilan , komitmen kita dan kecekapan kita. Ini politik pascamoden dan mereka mungkin tak perlu apa-apa tetapi kita perlukan mereka,” katanya.

The post Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik

Sekianlah artikel Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minta tiga tokoh tinggalkan pentas politik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/minta-tiga-tokoh-tinggalkan-pentas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :