link : Minum Air Kosong? Lima Waktu Paling Penting Badan Kita Memerlukan Air Kosong
Minum Air Kosong? Lima Waktu Paling Penting Badan Kita Memerlukan Air Kosong
Minum air kosong itu wajib, sayangnya tidak ramai orang yang mengamalkan minum air putih atau air kosong dengan cukup setiap harinya. Padahal, sejak buka mata di pagi hari, kamu sudah harus minum air kosong kan. Ada pada waktu tertentu bila sebaiknya kamu minum air kosong kerana di waktu-waktu tersebut tubuh kamu paling memerlukan air kosong.
Minum air di waktu-waktu ini ya....
Pukul 8 pagi
Minumlah 2 gelas air kosong di jam ini atau saat kamu bangun tidur. Minum air kosong di saat perut kosong membantu membersihkan perut dan mengembalikan tubuh yang dehidrasi selama tidur.
Pukul 11 pagi
Minum segelas air kosong sebelum makan tengahari untuk mengurangkan nafsu makan berlebihan dan membantu perut lebih mudah mencerna makanan dalam usus.
Pukul 1 tengahari
Minum dua gelas air setelah makan siang untuk melancarkan pencernaan, menghilangkan dehidrasi dan mengurangi keinginan mengunyah makanan ringan.
Pukul 4 petang
Minum satu botol air atau sekitar 700 ml air, kerana 6-7 jam setelah makan siang, umumnya tubuh mengalami dehidrasi dan kamu akan kehausan.
Pukul 8 malam
Minum air lagi sebelum makan malam dan sebelum tidur. Kamu boleh memberikan kepelbagaian infused water atau minum air sejuk agar lebih segar dan tidak bosan.
Itu dia panduan sihat bila sebaiknya kamu minum air kosong setiap hari. Mengamalkan cara ini juga boleh membantu kamu menjaga berat badan secara natural tau, jadi kamu tak perlu takut gemuk.
sumber: nestle waters
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Minum Air Kosong? Lima Waktu Paling Penting Badan Kita Memerlukan Air Kosong
Anda sekarang membaca artikel Minum Air Kosong? Lima Waktu Paling Penting Badan Kita Memerlukan Air Kosong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/minum-air-kosong-lima-waktu-paling_29.html