link : Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang
Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang
loading…
loading…
Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Tinggal di negeri padang pasir, kewujudan sungai adalah sesuatu yang amat unik dan mungkin juga dirasakan sebagai suatu misteri.
Secara umumnya disebut tidak ada sungai atau tasek yang kekal di Saudi. (pengecualian pada sesetengan tempat, sebagai contoh “Secret Lake”) .
Sungai misteri yang telah dikenal pasti ini adalah merupakan kawasan wadi, lapor MalaysiaGazette dimana penulis merupakan pensyarah di salah sebuah universiti di Riyadh.
Menurut laporan itu, kawasan wadi yang dilimpahi air selepas hujan akan menjadi sungai atau kolam buat beberapa ketika.
” Pada musim panas, kawasan ini menjadi kering kontang. Itulah sebabnya saya namakan sebagai misteri. Pada musim panas kawasan ini hanya menjadi tempat tinggal para penjaga unta dan kambing. Sunyi, kosong, lengang dan tandus. Pemandangan kawasan perkelahan dari atas bukit.
“Terfikir saya, kehidupan yang dilalui oleh penggembala kambing di gurun ini. Mungkin mereka juga sentiasa menunggu-nunggu kedatangan musim sejuk seperti saya, kerana di musim ini akan ada pengunjung yang melewati kawasan tersebut, sedikit sebanyak mewarnai kehidupan mereka di kawasan itu,”katanya berkongsi.
Menurutnya, Kawasan wadi yang menjadi tumpuan pada musim sejuk yang lalu ialah Shaib Duqlah.
Ada berbagai ejaan yang ada untuk wadi ini. Ejaan yang lain ialah Shoaib Daqala dan berlainan pulak ejaan yang tertulis di papan tanda di jalan raya menuju ke wadi ini. Wadi ini terletak kira-kira lebih kurang 100 kilometer dari Riyadh. Kedudukannya menghala ke utara, melewati kawasan yang dinamakan Selbokh.
“Kebetulan hari yang kami pilih untuk berkelah disini menurut ramalan kaji cuaca ialah hari yang paling sejuk iaitu mencecah 0 darjah celsius.
Namun begitu keghairahan untuk menjelajah wadi ini tidak mematahkan semangat, malah kami telah siap dengan bekalan pakaian yang sesuai, dan semestinya dengan bekalan kayu api untuk dijadikan unggun api. Satu kemestian perkelahan ini mesti disusuli dengan barbikiu. Seperti sudah satu acara wajib. Sungai misteri yang dikelilingi gurun batu.
“Sungai ini mengalir di dalam kawasan yang agak luas. Air yang dingin mengalir dicelahan batu dan tumbuhan kecil menjadikan tempat ini sungguh cantik dan nyaman. Namun begitu tidak kelihatan seekor ikan pun di dalam sungai ini,”katanya.
Kongsinya lagi, tompokan tumbuhan hijau berbunga kecil dengan berbagai warna melatari tanah gurun ini. Dari kejauhan kelihatan gembala kambing dan unta yang turut merasakan keriangan mereka.
“Untuk mendapat lokasi yang menarik serta dapat menampung sembilan ahli keluarga, kami mencari tempat yang sesuai.
“Kami merentasi sungai yang kedalamannya lebih kurang dua kaki tinggi. Oleh kerana kesemua kami memiliki kereta yang tinggi maka bukan lah menjadi satu masalah untuk merentasi sungai, malah menjadi satu cabaran yang tak dapat dilupakan.
Jangan terkejut jika melihat anak-anak muda tempatan yang berani merentasi sungai tersebut walaupun mereka memandu kereta sedan. Menemui sekumpulan kambing biri-biri,” katanya.
Dalam pada itu mengulas berhubung Cuaca, katanya cuaca di sana dingin serta angin yang datang sekali sekala membuatkan merka menggigil.
“Oleh yang demikian perkara pertama yang dilakukan ialah memasang khemah dan kemudiannya unggun api. Di seberang sungai bertentangan dengan lokasi kami terdapat sekumpulan anak muda tempatan yang berkhemah disitu.
“Saya tertarik dengan kelengkapan perkhemahan mereka yang siap dengan enjin generator. Saya melihat mereka membawa tong gas yang besar. Rupa-rupanya kumpulan itu juga membawa seekor kambing hidup yang kemudiannya saya dapat lihat mereka menyembelih kambing tersebut , melapah dan memanggangnya disitu.
Tambahnya, di kawasan tersebut terdapat perigi-perigi lama yang telah ditinggalkan. Ini bererti suatu masa dahulu kawasan tersebut mempunyai penghuni, atau merupakan sebuah perkampungan.
Namun oleh kerana arus pembangunan penduduk asalnya mungkin telah berpindah ke kawasan bandar. Perigi-perigi tersebut dipagar untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
The post Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang
Sekianlah artikel Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Misteri Sungai : Sekejap Jadi Sungai, Kemudian Kering Kontang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/misteri-sungai-sekejap-jadi-sungai.html