link : Mohon Viralkan Tip Ibu Muda Ini, Dia Tak Nak Anak Anda Juga Jadi Mangsa!
Mohon Viralkan Tip Ibu Muda Ini, Dia Tak Nak Anak Anda Juga Jadi Mangsa!
Allah... tak sampai hati, kalau boleh pindahkan rasa sakit anak itu pada ibu, pastinya setiap ibu rela jadi pengganti. Ya, ibu manalah yang sanggup tengok anak sakit macam ini tetapi bila diuji, ibu muda, Rasfioera Love hanya mampu berdoa dan moga kita sebagai mak ayah boleh ikut tip yang dikongsikan ini...
Mohon bantu saya sama-sama berdoa.
Kembali ceria la sayangku.
Rindunya Mama nak, semoga cepat sembuh, suhu badan menaik terus 38,39,40.2
Ibu-ibu... saya ada sesuatu yang nak dikongsi apa yang kita patut buat dan elak.
1. Sesiapa yang merokok, sila keluar dari rumah. Cuci tangan dan mulut lepas merokok.
2. Jauhkan dari orang yang sakit.
3. Jangan cium baby, sampai air liur itu ada di pipi baby lah apa, jangan ciumlah cium!
4. Minyak wangi di baju, jadi punca baby kena jangkitan kuman.
5. Bila ada keluarga yang demam di rumah, tolong pakaikan face mask.
6. Bila anak demam, MANDIKAN... bukan di balut lagi dengan selimut, kalau takut anak kena sawan, tolong jangan buat!
SITUASI IBU DAN DOKTOR
Saya: Tapi doktor... husband saya tak merokok dalam rumah.
Doktor: Ibu, walaupun di balkoni rumah, luar pagar rumah dan so on, tetap boleh berlaku. Ini bukan saja rokok, sentuhan, jangkitan, terkena peluh, lepas merokok tak cuci tangan, persekitaran ramai, keluar jalan-jalan, dan pelbagai. Pemakanan, mungkin dia ada makan kuih raya lepas itu masa raya tu mungkin ada yang tak sihat. Tempat yang tak bersih pun boleh jadi punca anak kita tak sakit.
Doktor: Ok tq doktor.
Semoga menjadi pengajaran buat ku suami isteri, buat family dan kita semua.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mohon Viralkan Tip Ibu Muda Ini, Dia Tak Nak Anak Anda Juga Jadi Mangsa!
Anda sekarang membaca artikel Mohon Viralkan Tip Ibu Muda Ini, Dia Tak Nak Anak Anda Juga Jadi Mangsa! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mohon-viralkan-tip-ibu-muda-ini-dia-tak.html