Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert

Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert
link : Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert

Baca juga


Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert

SEBELUM ini ada segelintir penggiat seni dan penyanyi merungut kerana ketiadaan lokasi sesuai untuk mengadakan konsert berskala besar untuk peminat-peminat mereka.

Nampaknya perkara itu bakal berubah apabila pihak Hype Hotel dan Monspace Entertainment mewujudkan sebuah dewan khas iaitu Monspace Theatre dalam menggalakkan artis tempatan untuk membuat persembahan pentas.

Terletak di Hotel Nouvelle di ibu negara, dewan itu bukan sahaja sesuai untuk mengadakan konsert tetapi juga acara atau pun persembahan teater.

Pengasas Monspace Theatre, Datuk Seri Jessie Lai berkata, pentas itu diwujudkan bagi sebagai usaha memeriahkan lagi industri hiburan tempatan dan memberi lebih banyak peluang kepada penyanyi terutamanya bakat-bakat baharu untuk mengadakan persembahan.

“Peluang dan ruang untuk mereka mengadakan persembahan mungkin agak terhad dan sebab itu kita wujudkan Monspace Theatre dan ia dapat membentuk penjenamaan tersendiri industri muzik tempatan.

“Harap-harapnya pentas ini akan jadi platfrom terbaik penyanyi membuat lebih banyak persembahan dengan suasana selesa dan teknologi canggih untuk peminat mereka,” katanya.

Malah kata Jessie, pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya ada artis yang ingin mengadakan persembahan dengan menawarkan dana dengan syarat tertentu.

“Harapan kita untuk tengok industri hiburan terus maju dan kami sedia membantu bagi merialisasikan mana-mana impian penyanyi yang ingin mengadakan konsert,” katanya.

Monspace Theatre mampu memuatkan 600 penonton dalam satu-satu masa selain ia dilengkapi dengan sistem audio, pencahayaan dan keperluan lain yang bertaraf antarabangsa.

The post Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert

Sekianlah artikel Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Monspace Theatre Peluang Penyanyi Tempatan Bikin Konsert dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/monspace-theatre-peluang-penyanyi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :