MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai

MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai
link : MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai

Baca juga


MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai

Ahli Parlimen PKR Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj telah memfailkan saman terhadap ADUN DAP Sungkai, A.Sivanesan di Mahkamah Sesyen Ipoh Rabu atas dakwaan beliau tidak mengisytihar harta dalam deklarasi asetnya.

Menurut Jeyakumar, Sivanesan telah membuat dakwaan yang beliau (Jeyakumar) kononnya telah menerima harta daripada bapanya dan tidak masukkan dalam penisytiharan hak hartanya.

Katanya dakwaan palsu yang dibuat Sivanesan terhadapnya itu amat serius dan telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli Parlimen.

"Itu satu dakwaan yang palsu dan untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu satu dakwaan yang amat serius kerana kita kata ahli-ahli politik mahupun Adun ke ahli parlimen tidak boleh pakai dia punya posisi untuk menjadi kaya.

"You nak jadi ahli politik ialah untuk rakyat...nak jadi kaya pergi buat bussiness....ini satu kor principle daripada PSM.

" dan you kata saya bohong dalam saya punya aset declaration adalah satu yang tidak boleh diterima oleh PSM," katanya kepada pemberita di perkarangan Bangunan Mahkamah Ipoh pada Rabu.

Dr Jeyakumar merupakan pemimpin PSM yang bertanding menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya umum lalu.

Menurut Dr Jeyakumar beliau telah meminta Sivanesan supaya menarik balik dakwaan palsu itu namun permintaannya tidak dilayan oleh Sevanesan.

"So saya terpaksa..saya ada kerja lain yang lebih penting untuk dibuat..tapi saya terpaksa bersihkan nama saya kerana oni penting dan saya akan cakap untuk Sivanesan ..saya ingat seorang pemimpin politik mesti cakap betul jangan hanya tembak macam itu tanpa periksa detail.

"Dan jika buat satu kesilapan jangan degil lah..so sekarang saya terpaksa ambil tindakan ...sekarangpun jika dia tarik balik saya akan terima tapi dia kena bayar kos lawyer sayalah kerana sudah fail kes" kata Dr Jeyakumar.

Jeyakumar seterusnya mengingatkan Sivanesan supaya tidak main-main dalam soal ini.

" You orang politik jangan main-main ..sekali lagi I don't want to sue especially a DAP or any other Pakatan persent tapi that does'nt mean you boleh buat what ever you like," tegasnya.


Demikianlah Artikel MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai

Sekianlah artikel MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP Sungai Siput saman ADUN DAP Sungkai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mp-sungai-siput-saman-adun-dap-sungkai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :