MRT: Transportasi Era Globalisasi

MRT: Transportasi Era Globalisasi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MRT: Transportasi Era Globalisasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MRT: Transportasi Era Globalisasi
link : MRT: Transportasi Era Globalisasi

Baca juga


MRT: Transportasi Era Globalisasi

MALAYSIA melangkah lagi ke satu era transportasi teknologi tinggi apabila MRT diperkenalkan dan pembinaannya dirasmikan pada 8 Julai 2011. My Rapid Transit (MRT) kini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Pembukaan jajaran MRT terdiri dari dua fasa iaitu fasa pertama dan kedua. Fasa pertama merangkumi jajaran Sg Buloh- Semantan dan beroperasi pada 16 Disember 2016. Fasa kedua pula adalah jajaran Sg Buloh- Kajang yang baru sahaja dirasmikan perkhidmatannya pada 17 Julai 2017 yang lalu.

Persoalannya ialah, mengapa MRT ini dibina dan apakah impak positif dari perkhidmatan MRT? Adakah ia sekadar rektorik nyata atau sebuah kejayaan yang dapat mengangkat nama Malaysia di persada transportasi dunia?

MRT sebenarnya telah digunapakai di beberapa negara seperti Hong kong, Singapura dan Amerika Syarikat. Di Malaysia ia dibina sepanjang 51 kilometer yang menghubungkan 35 stesen dari Sungai Buloh ke Kajang.

Secara ringkas, MRT dibina untuk menampung penumpang yang lebih ramai daripada LRT. Jika dikira jumlah penumpang yang boleh dibawa dalam masa sejam bagi satu hala, MRT dapat membawa 85,000 penumpang berbanding 25,000 penumpang bagi LRT.

Di samping spesifikasinya yang lebih canggih, MRT akan memberi impak yang besar dalam mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengubah sosioekonomi penduduk setempat. Ia juga dibina bagi menjamin kelestarian alam sekitar supaya lebih baik.

Jajaran Sungai Buloh ke Kajang menjadi sasaran MRT fasa dua ini kerana kepadatan penduduknya yang
tinggi serta kurang dari segi pengankutan awam. Bersempena dengan pelancarannya, diskaun 50 peratus tambang bagi MRT,LRT dan Monorel sehingga 31 Ogos 2017.

Jelas kini, MRT sememangnya dapat mengangkat nama Malaysia setaraf dengan negara maju .MRT bukanlah sekadar rektorik semata-mata tetapi ia menjadi sebuah kejayaan bagi Malaysia dan pemacu era globalisasi masa kini.

[email protected]
#LaskarMalaya

-MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel MRT: Transportasi Era Globalisasi

Sekianlah artikel MRT: Transportasi Era Globalisasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MRT: Transportasi Era Globalisasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/mrt-transportasi-era-globalisasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :