link : Muflis
Muflis
Terima kasih kerana menyiarkan confession ini.
Aku ingin bercerita tentang nasib orang muflis. Aku ada mengenali beberapa orang muflis yang aku rapat dan ini adalah sedikit sebanyak masalah yang mereka hadapi.
(Reminder to reader: setiap orang ada pasti ada membuat kesalahan dan dia juga mahu menyucikan kembali kesalahannya)
1. Orang muflis tidak dibenarkan ada buku bank.
Ini aku kesian sangat. Kalau mahu bekerja di syarikat swasta pasti wajib ada buku bank. Dan duit itu hendak digunakan untuk kehidupan seharian dan juga membayar hutang-piutang.
Mereka ini terpaksa bekerja sebagai tukang sapu atau pun sebagai pemandu bas. (Biasanya gaji dibayar secara wang tunai) Walhal mereka ini mempunyai degree. Oleh itu hidup mereka semakin melarat walaupun selepas mereka keluar dari status muflis. Kerana apa? Umur mereka sudah lanjut tua dan tiada lagi syarikat mahu mengambil mereka bekerja secara Profesional.
2. Tidak boleh berniaga.
Bagaimana mahu membayar hutang jika semua sumber kewangan disekat? Aku betul-betul respect sahabat aku ini yang berjaya keluar daripada status muflis ini.
Aku pernah mencadangkan untuk berniaga. Boleh juga membantu dia mendapat pendapatan tambahan. Aku dan sahabat aku ini sebagai partner. Sebab aku sebenarnya sudah ada kerja lain. Aku ingin bagi modal sahaja. Tetapi malangnya tidak boleh. Kerana #muflis.
3. Cukai dan servis yang tinggi.
Untuk pengetahuan semua gst yang perlu dibayar oleh orang muslis ialah 12%. Ini belum lagi segala jenis servis charge yang lain (ini aku faham lah). Yang aku tidak puas, setelah di campur semua ini ada lagi wang tambahan (seperti safe deposit) yang perlu dibayar kepada mereka. Berdasarkan cerita aku difahamkan bahawa sebaik sahaja status muflis dihapuskan duit ini akan dipulangkan. Tetapi hanya 15% sahaja dipulangkan. Atas sebab servis charge (bukankah sudah dikira sebelum ini?).
Aku berasa kasihan kepada sahabat aku ini. Duit untuk membayar hutang sudah habis. Duit simpanan pula tiada. Makan hari-hari pun ala kadar sahaja. Aku mahu tolong pun ditolak.
Aku berharap tulisan aku ini disiarkan. Untuk memberi kesedaran kepada orang disekeliling tentang muflis ini bagi tujuan MENGAMBIL IKHTIBAR. Perkara ini mungkin agak berat tetapi sangat penting dalam ekonomi yang agak tidak stabil.
Mr. M
Sumber & Kredit: iiumc
Demikianlah Artikel Muflis
Anda sekarang membaca artikel Muflis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/muflis.html