NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish

NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish
link : NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish

Baca juga


NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish

SEREMBAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan pengguna membeli ikan segar beku Q’Fish yang dibekalkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) sebagai pilihan sekiranya harga ikan naik di pasaran.

Pengarah LKIM Negeri Sembilan Mohamad Hassim Mat Jahaya berkata jualan ikan Q’Fish boleh diperolehi di MYFarm Outlet Putrajaya setiap hari pada harga RM8.50 sekilogram dan pasar tani serta Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang terpilih dengan harga tidak melebihi RM10 sekilogram.

“Terdapat lapan jenis ikan segar beku di bawah program Q’Fish iaitu ikan tilapia, keli, kembung, selar, pelaling, aya, cencaru dan selayang. Program ini diadakan bagi menawarkan ikan segar beku yang berkualiti sebagai pilihan dengan harga berpatutan kepada pengguna.

“Penjualan Q’Fish akan diperluaskan ke negeri-negeri melalui jualan terus kepada pengguna di lokasi atau pasar tani terpilih dalam masa terdekat melalui penyertaan Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan. Inisiatif ini diharap akan dapat membantu rakyat dan dalam masa sama menggalakkan pengambilan ikan segar beku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya LKIM sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan mencukupi dan tidak membebankan pengguna serta akan menggerakkan stok bekalan ikan segar ke seluruh negara sekiranya didapati ia berkurangan di pasaran.

“Penghantaran bagi menampung bekalan tidak menjadi halangan memandangkan NEKMAT mempunyai kemudahan lori kontena dan lori berhawa dingin yang boleh digunakan untuk pengedaran di seluruh negara,” katanya.

Mohamad Hassim berkata dua pusat lain turut bertanggungjawab sebagai pusat simpanan ikan segar sejuk beku iaitu Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK Besut).

Katanya stok simpanan sedia ada ini mampu menampung bekalan bagi kawasan tengah, selatan, utara dan pantai timur semenanjung. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish

Sekianlah artikel NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NEKMAT Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nekmat-galak-pengguna-pilih-ikan-segar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :