Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat

Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat
link : Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat

Baca juga


Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat

image.jpg

Nama: Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin

Umur: 12 tahun

Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Lipat
  • Sekolah Agama Kampung Belukar Juling

Pencapaian:

  • Johan Pengujian Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Johor 2015 dan 2016 kategori Juzuk 1-10
  • Tempat keempat di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015 kategori hafazan
  • Johan negeri Pengujian Al-Quran Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Johor 2015 kategori hafazan


Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, menjadi ungkapan tepat buat pasangan dari Kampung Belukar Juling, Endau Mersing ini yang mendidik cucu mereka untuk menjadi seorang tahfiz.

Neneknya Asmah Jusoh, 59, berkata, seawal 4 tahun, cucunya, Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin, 12, mampu khatam al-Quran dalam tempoh dua bulan, malah turut menghafaz 30 juzuk ketika berusia 8 tahun.

Ujarnya, kini nama Haikal menjadi sebutan sejak sering mewakili daerah dan negeri dalam pengujian al-Quran dan muncul juara beberapa kali, malah terpilih 10 peserta terbaik program Qari Junior 2017.

Ditanya rahsia kejayaan Haikal, Asmah berkata, cucunya itu bukan budak ajaib sebaliknya ia hasil didikan sejak kecil.

Pencapaian Haikal hari ini bukan sebab dia anak ajaib. Ada yang kata dia anak ajaib sebab boleh hafal al-Quran di usia muda.

Tapi sebenarnya semua anak boleh dididik, dibentuk dan jika kita bimbing, tiada yang mustahil, katanya kepada Sinar Harian.

image.jpg

Haikal diumumkan johan keseluruhan di majlis Pengujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2016 Kategori Juzuk 1-10, tahun lalu.

Jalani rutin dengan disiplin

Menurut Asmah, didikan agama yang diterapkan dalam diri cucunya itu bukan sekadar untuk pertandingan jauh sekali mengejar glamor.

Alhamdulillah sampai sekarang dalam sebulan, Haikal akan khatam tiga kali. Setiap pagi dia akan bangun jam 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah.

Kalau hari tak sekolah, dia akan habiskan hingga tujuh juzuk. Sambil siapkan kerja sekolah, dia akan mengaji. Ini rutin yang dia buat sejak dulu lagi, katanya yang menyifatkan Haikal begitu berdisiplin.

Kata Asmah, Haikal tidak membawa wang ke sekolah sebaliknya membawa bekal yang dimasaknya setiap hari, malah dia juga tidak mengambil sebarang makanan ringan.

image.jpg

Haikal merakam bacaan surah yang dimuatkan dalam album miliknya.

Tambahnya, dia gembira melihat cucu yang dipeliharanya sejak berusia setahun setengah itu kini berada di landasan terbaik.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan itu,” katanya.

image.jpg

Asmah bersama suaminya, Mohd Nasir Mohd Din, 60, bersama Haikal.

Mengenang kembali zaman kecil Haikal, dia mengakui berdepan dugaan sukar apabila cucunya itu disahkan mengalami masalah saraf.

“Pada usia setahun setengah itu dia masih meniarap dan tidak boleh bercakap. Bila rujuk doktor, saya dimaklumkan dia ada masalah saraf dan hampir-hampir jadi orang kurang upaya.


FW456439_PK15_160216_HAFAZ-e145569388499

“Jadi, saya mula ajar Haikal menulis untuk kuatkan tangan dia, urut kaki, tangan dia dan tak putus-putus berdoa. Alhamdulillah walau lambat tapi pada umur 2 tahun dia boleh

berjalan tapi belum boleh bercakap,” katanya.

Menurutnya, puas diajar Haikal menyebut panggilan mama dan babah namun si kecil itu hanya ketawa.

“Satu perkataan pun dia tak pernah sebut. Mama, babah pun dia tak boleh sebut, jadi, saya ajar dia sebut nama ALLAH.

“Berulang kali saya sebut depan dia dan akhirnya perkataan pertama dia sebut ALLAH walaupun pelat,” katanya.

Tambahnya, apabila melihat pencapaian Haikal dia memang tak putus ucap syukur kepada ALLAH sebab mungkin ini ganjaran atas dugaan kepada Haikal dulu.

Sementara itu, menurut Haikal, rutin harian ditetapkan neneknya itu pada mulanya membuatkan dia tertekan.

Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji.

“Tak susah pun, cuma perlu fokus, katanya yang merupakan antara murid cemerlang di sekolahnya.

Kredit: GPS Bestari

Sumber: penmerahpress

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat

Sekianlah artikel Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nenek Nafi Haikal Budak Ajaib Kerana Berjaya Hafaz 30 Juzuk Pada Usia 8 Tahun Tapi Ini Dia Buat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nenek-nafi-haikal-budak-ajaib-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :