New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir

New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir
link : New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir

Baca juga


New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir

Menurut agensi berita Xinhua, polis Delhi mengeluarkan nasihat yang mengarahkan langkah pengawasan anti-keganasan dibuat di lokasi yang dikhuatiri menjadi sasaran serangan keganasan termasuk di pusat-pusat beli-belah, kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat keagamaan, stesen keretapi, lapangan terbang dan yang seumpama dengannya.

Menurut kenyataan itu, pasukan anti-keganasan juga ditempatkan di lokasi berlangsungnya upacara keagamaan Kanwar Yatra yang akan berakhir 21 Julai ini. Kanwar Yatra ialah upacara keagamaan tahunan masyarakat Hindu bagi menghormati Lord Shiva.

Kenyataan polis itu turut menyebut pasukan Gerak Khas akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sepanjang laluan yang digunakan penganut Hindu pada upacara keagamaan itu.

Semalam, bas membawa kira-kira 40 penganut Hindu yang dalam perjalanan balik dari Amarnath Cave di daerah Anantnag terperangkap dalam kejadian tembak-menembak.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengutuk serangan keganasan itu.

Semasa upacara Yatra, penganut Hindu akan melakukan perjalanan selama 40 hari menuju ke Amarnath, bermula 28 Jun.

Setiap tahun, upacara itu melibatkan kawalan keselamatan ketat dengan kira-kira 40,000 anggota keselamatan mengawal laluan yang digunakan serta dilengkapi sistem pengesanan menggunakan satelit.

– BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir

Sekianlah artikel New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel New Delhi Diarah Berjaga-jaga Susulan Serangan Di Kashmir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/new-delhi-diarah-berjaga-jaga-susulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :