link : Neymar malu tegur Messi
Neymar malu tegur Messi
Ketika menghadiri mahlis perkahwinan Messi di Rosario pada Jumaat lalu, Neymar memberitahu dia amat teruja apabila berada di dalam bilik persalinan pasukan buat kali pertama.
“Saya berjalan ke bilik persalinan, kemudian melihat Messi di satu bahagian dan apabila berpaling, saya turut melihat Xavi, Andres Iniesta, Dani Alves dan Gerard Pique berada di situ.“Saya sangka saya berada dalam permainan video,” kata Neymar.
“Bulan pertama adalah sangat sukar, saya malu untuk menegur Messi dan pemain lain kerana mereka semua adalah idola saya,” tambahnya.
Neymar membentuk gandingan mantap bersama Messi dan Luis Suarez di Camp Nou sehingga mereka menerima gelaran 'MSN' dan Neymar tidak menafikan rakan sepasukannya banyak membantu untuk dia membiasakan diri di Barca.
Dia telah memenangi dua gelaran LaLiga dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam lapan piala yang diraih sepanjang empat tahun bersama Blaugrana.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Neymar malu tegur Messi
Anda sekarang membaca artikel Neymar malu tegur Messi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/neymar-malu-tegur-messi.html