link : Nicki Minaj Minta Rakan ‘Derma’ Sperma
Nicki Minaj Minta Rakan ‘Derma’ Sperma
RAPPER terkenal Nicki Minaj rupanya ada menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu dan dia sudah memikirkan seseorang yang boleh membantunya.
Menerusi laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu penyanyi yang popular dengan lagu Anaconda itu tidak akan berkahwin dalam masa terdekat tetapi dia tetap mahu menjadi seorang ibu.
“Sudah tentu Nicki Minaj belum lagi hamil tapi dia memang mahu anak dengan cepat sementara masih muda.
“Tapi mungkin dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Cuma dia tidak mahu perkara tersebut menghalang dia meneruskan impian untuk menjadi ibu.
“Baru-baru ini, Nicki berkesempatan memegang bayi rakannya dan sejak daripada itu dia rasa tidak sabar mendukung bayi sendiri,” kata sumber itu.
Menurut sumber lagi, berkemungkinan besar Nicki akan meminta pertolongan daripada rakan baik dia yang juga seorang rapper iaitu Nas untuk menderma spermanya.
“Dia ada terfikir idea untuk meminta pertolongan daripada Nas. Nicki rasa bayi mereka akan memiliki bakat yang besar dan dia tidak boleh memikirkan sesiapa selain Nas,” ujarnya.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Nicki Minaj Minta Rakan ‘Derma’ Sperma
Anda sekarang membaca artikel Nicki Minaj Minta Rakan ‘Derma’ Sperma dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nicki-minaj-minta-rakan-derma-sperma.html