link : Nur Sajat Bakal Berduet Dengan Aliff Syukri
Nur Sajat Bakal Berduet Dengan Aliff Syukri
Ahli perniagaan Nur Sajat, 32, mengesahkan dia dirisik sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu duet bersama usahawan komestik, Datuk Aliff Syukri.
Memetik laporan Harian Metro, dia menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaannya.
“Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.
“Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak mendapat tawaran sebegini,” katanya
Menurut Nur Sajat, dia menyukai lagu genre rancak berbanding balada atau lagu ‘leleh’ yang kembali popular kini.
Dalam pada itu, Sajat juga bersedia untuk mengikuti kelas vokal sekiranya lagu itu siap untuk dirakamkan.
Bagaimanapun, Nur Sajat tidak bercadang untuk bergiat serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya ia sekadar suka-suka selain strategi perniagaannya.
The post Nur Sajat Bakal Berduet Dengan Aliff Syukri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Nur Sajat Bakal Berduet Dengan Aliff Syukri
Anda sekarang membaca artikel Nur Sajat Bakal Berduet Dengan Aliff Syukri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/nur-sajat-bakal-berduet-dengan-aliff.html