Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi

Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi
link : Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi

Baca juga


Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi

KUALA LUMPUR: Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali anjuran Astro kembali lagi buat kali ketiga berturut-turut September ini.

Berlangsung di GM Klang Wholesale City dari 21 hingga 24 September ini, pameran kali ini akan lebih tertumpu kepada pembangunan budaya dan hubungan komersial antara peserta pameran dan para pengunjung.

Menurut Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Pelanggan India Astro, Dr. Rajamani Chellamuthu, dengan lebih 100 buah gerai oleh vendor tempatan dan antarabangsa, pelbagai jenis pakaian tradisional India, manisan dan makanan tradisional, cenderamata, pakej percutian, tawaran telekomunikasi dan bakal menanti pengunjung.

“Rentetan daripada maklum balas positif yang kami terima daripada penganjuran pameran terdahulu, kami memutuskan untuk menambah satu lagi hari menjadikannya 4 hari penganjuran berbanding tiga hari sebelum ini.

“Tahun lalu kami menerima kira-kira 240,000 orang pengunjung, tahun ini kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pameran ini merupakan satu platform yang terbaik buat para peniaga tempatan dan antarabangsa untuk memperluaskan produk jualan mereka.

“Selain itu, kami juga menawarkan promosi intensif menerusi promosi atas talian, di kaca televisyen, radio dan sebagainya,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang bakal dijalankan termasuklah pertunjukkan fesyen, permainan meniru aksi, sesi karaoke dan juga sebuah konsert mini yang menampilkan barisan selebriti serta penyampai radio THR Raaga.

Pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah lumayan seperti tiket penerbangan, televisyen berdefinisi tinggi 40 inci, PlayStation 4 Slim dan pelbagai lagi dengan menyertai pertandingan membuat murukku dan pertandingan mencari harta karun anjuran Astro Circle.

Selain itu, pengunjung yang berminat boleh berkunjung ke gerai Astro Circle bagi sesi bertemu peminat bersama selebriti tempatan popular, cabutan bertuah dan penebusan mata ganjaran Astro.

Untuk maklumat lanjut mengenai International Indian Trade Expo dan Deepavali Kondattam, layari laman sesawang www.astroulagam.com atau di  http://ift.tt/2sWLSuV.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi

Sekianlah artikel Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pameran Perdagangan Antarabangsa India dan Kondattam Deepavali Astro kembali lagi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pameran-perdagangan-antarabangsa-india.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :