Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB

Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB
link : Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB

Baca juga


Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau menolak sebarang soalan berkaitan 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) pada sidang Parlimen kali ini.

Beliau menegaskan, 19 soalan berkaitan 1MDB telah pun diluluskan untuk dijawab.

Jelasnya, keputusan beliau menolak kira-kira 30 soalan berkaitan 1MDB adalah kerana ia tidak mematuhi peraturan mesyuarat yang ditetapkan.

“Pada sesi ini sebanyak seribu lebih soalan dihantar oleh Ahli Parlimen. Saya kena pastikan setiap soalan tidak melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya mesti ikut peraturan mesyuarat 23(C), kerana ada soalan yang tidak benar, sengaja digunakan untuk tujuan politik. Empat soalan mengenai 1MDB juga dibenarkan Isnin lalu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(C) menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa Pandikar gagal menjalankan tanggungjawab dengan telus apabila menggugurkan soalan berkaitan 1MDB.

Pandikar menjelaskan kerajaan meletakkan siasatan mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi, menyebabkan beliau tidak boleh membenarkan isu itu dibincangkan di Dewan Rakyat, mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(f).

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB

Sekianlah artikel Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pandikar-bidas-pembangkang-luluskan-19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :