link : Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen
Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, keputusan dibuat atas pertimbangan politik semasa kesan pengiystiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat terkubur.
Ia juga setelah melihat tindakan PKR yang sering membelakangkan tahalluf siyasi yang menyaksikan Muktamar Pas yang lalu sebulat suara memutuskan persefahaman politik antara kedua-dua parti itu.Selain itu, parti itu juga akan bertanding di kerusi berpotensi dan bukan majoriti pengundi Melayu sebelum ini.
“Pas Kedah sekarang ini telah pun mengadakan kajian dan kita sekarang ini sedang mengadakan kajian lanjut berhubung dengan potensi yang ada di dalam kawasan majoriti 60 peratus Melayu ini dan InsyaAllah kajian yang dilaksanakan oleh pihak Pas sendiri menyakinkan kita untuk menawarkan diri di kerusi-kerusi berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.
Pada PRU 13, Pas bertanding di 24 kerusi (DUN) serta 8 kerusi Parlimen dan menang 9 daripada kerusi DUN serta satu kerusi parlimen.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen
Anda sekarang membaca artikel Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pas-kedah-umum-bertanding-36-kerusi-dun_15.html