PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14

PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14
link : PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14

Baca juga


PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14

Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mengejutkan, kata Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad.

Ujarnya, Dr Mahathir diketahui umum akan sentiasa memastikan dirinya berada pada kedudukan tertinggi sementelah pernah berkuasa selama 22 tahun ketika menjadi perdana menteri.

“Saya tidak terkejut dengan Mahathir ni kerana dia orang yang memang selalu nak duduk di atas,” katanya kepada Antarapos selepas menghadiri Forum Perdana ‘Islam Jalan Penyelesaian’, di Dataran Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bahru, Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa beliau sedia bertanding pada pilihan raya akan datang sekiranya ‘terdesak’.

Mahathir bagaimanapun berkata sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut diminta mengulas struktur baru PH yang diumumkan minggu lalu.

“Saya tak faham (PH) guna model apa. Kita pun tak faham siapa yang berkuasa pengerusi ke? penasihat ke? Kita tak tahu,” ujarnya.

PH Khamis lalu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.

Pemimpin PH sebelum ini menafikan struktur baru gagasannya akan mewujudkan pemusatan kuasa antara Dr Mahathir, Wan Azizah serta Anwar, malah mereka tetap berpegang bahawa sebarang keputusan akan dibuat secara konsensus.

Mereka juga berpegang kepada jaminan Dr Mahathir bahawa taraf semua parti komponen dalam PH adalah sama rata.


Demikianlah Artikel PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14

Sekianlah artikel PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS TAK TERKEJUT JIKA MAHATHIR MAHU TANDING PRU14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pas-tak-terkejut-jika-mahathir-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :