Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif

Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif
link : Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif

Baca juga


Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif

IPOH: Sepasang suami isteri warga emas terperangkap dalam lif sebuah pasar raya di Meru Ipoh selama lebih 24 jam.

Mangsa Md Dahalan Baki, 74, dan Ahadiyah Zakaria, 70, terperangkap di dalam lif yang rosak itu dari jam 11.30 pagi Jumaat sehingga 1 tengah hari Sabtu sebelum diselamatkan oleh pihak bomba.

Difahamkan kejadian itu disedari oleh anak perempuan mangsa selepas pasangan berkenaan tidak pulang ke rumah sejak keluar membeli belah pada Jumaat.

Kedua-dua mangsa dijumpai dalam keadaan lemah di dalam lif itu selepas anaknya pergi ke pasar raya berkenaan untuk mencari mereka bersama-sama pengawal pada Sabtu.

Kedua-dua mangsa yang enggan ditemubual akibat masih dalam keadaan trauma difahamkan telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan pasar raya tersebut.

Pengurusan pasar raya ketika ditemui pula memberitahu pihaknya turut sedang melakukan siasatan dalaman mengenai kejadian itu dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Sum Chang Keong mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai insiden itu yang dibuat oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif

Sekianlah artikel Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan warga emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pasangan-warga-emas-terperangkap-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :