Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh

Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh
link : Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh

Baca juga


Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata pada tahun lepas, Jepun merupakan pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembuatan yang melibatkan 53 projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.9 bilion.

Beliau berkata pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada rakyat pada masa akan datang bagi sektor tersebut.

Selain itu katanya, pelaburan jangka panjang oleh pelbagai syarikat Jepun yang memfokuskan kepada projek-projek berkualiti dengan membawa masuk teknologi moden dilihat dapat menambah nilai kepada perkembangan sektor industri tempatan.

Beliau berkata antara syarikat Jepun yang menjadi pelabur utama negara adalah UMW Toyota, Rohm-Wako Electronic, Sagami Manufacturing, Rikevita, Nippon Electric Glass, Cosmo Scientex dan Polyplastics Asia Pacific.

“Jepun sentiasa memandang kita sebagai destinasi penting untuk melabur, disebabkan itu tiap-tiap tahun kita mengadakan misi pelaburan ke negara itu dan berjumpa dengan syarikat-syarikat yang menunjukkan minat bagi memberi penerangan tentang iklim pelaburan di negara ini.

“Pada tahun ini, MIDA merancang untuk menghantar lima misi perbincangan khas ke Jepun melipuiti sektor jentera, klinikal, elektronik, sains kehidupan dan hab operasi utama bagi menarik lebih banyak pelaburan dari negara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Azman merasmikan MI Services Malaysia Sdn Bhd, (MIS), sebuah hab operasi global kepada syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka dunia, Roland Corporation.

MIS, yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, di sini, difahamkan melibatkan pelaburan berjumlah US$60 bilion oleh Roland Corporation.

Ia dibangunkan sebagai ibu pejabat kedua syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka itu di luar Jepun dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Roland Group, Jun-ichi Miki berkata kelebihan rakyat Malaysia yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik menarik minat syarikat berkenaan untuk mengembangkan pelaburannya di sini.

“Kami berdepan cabaran dalam komunikasi di negara Asia lain tetapi rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan ini amat membantu syarikat yang semakin berkembang. Selain itu, sokongan kerajaan dan pembangunan infrastruktur di sini baik…Malaysia merupakan merupakan tempat yang baik untuk pelaburan di masa depan,” katanya.

Pembangunan MIS adalah pengembangan perniagaan Roland Corporation susulan pembukaan Roland Manufacturing Malaysia di tempat sama yang beroperasi sejak Julai 2015.

— BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh

Sekianlah artikel Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi M’sia Kukuh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelaburan-dari-jepun-bukti-ekonomi-msia.html

Subscribe to receive free email updates: