Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin

Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin
link : Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin

Baca juga


Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin

IPOH: Kerajaan Perak tidak menafikan bahawa pewartaan Mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies akan memberi kesan kepada kedatangan pelancongan di kawasan tersebut khususnya di Kuala Sepetang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Radzi berkata pihaknya menjangkakan bahawa pengumuman mengenai penyakit anjing gila di Matang itu akan turut memberi kesan kepada ekonomi penggiat aktiviti pelancongan di sekitar Kuala Sepetang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Menurut Nolee, pihaknya akan mengeluarkan surat bertulis dan cadangan kepada penggiat aktiviti pelancongan di kawasan Kuala Sepetang, mengenai keberadaan penyakit itu kerana kita mengetahui kawasan itu sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negeri.

Malah, Nolee menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengambil sebarang risiko dan memberi jaminan seratus peratus bahawa Kuala Sepetang selamat sebaliknya mengingatkan pelawat untuk sentiasa peka kepada persekitaran bagi mengurangkan sebarang peluang penyakit ini daripada merebak.

“Kita ketahui bila kita ‘flag off’ untuk wabak, semestinya pelawat-pelawat akan berhati-hati atau mengubah perancangan untuk datang dan melawat pada ketika ini jadi bagi pihak kami, akan memberikan sokongan kepada proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Kesihatan untuk kita pastikan tiada pelawat-pelawat yang akan menjadi mangsa kepada keadaan ini,” katanya.

Tambahnya, pihak Tourism Perak tidak akan dapat menjangkakan tempoh masa keadaan tersebut berlarutan khususnya buat penggiat pelancongan namun kerjasama akan diberikan kepada agensi berwajib.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mewartakan Mukim Matang di Daerah Larut Matang sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies agar pihak terlibat dapat melakukan tindakan-tindakan diperlukan untuk mengawal penyakit itu daripada merebak.

Pada 13 Julai lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Perak  telah menerima aduan daripada seorang penduduk Kuala Sepetang memaklumkan anjing peliharaannya mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudara perempuannya.

Susulan aduan itu, jabatan berkenaan melakukan pengambilan sampel bangkai anjing itu untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh dan mendapati ianya positif anjing gila.

Namun dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan itu disahkan tidak mempunyai tanda-tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin

Sekianlah artikel Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelancongan-di-kuala-sepetang-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :