Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang

Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang
link : Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang

Baca juga


Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang

JOHOR BAHRU – Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil menyifatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan adalah  “wayang”.

Katanya, pelantikan bekas presiden UMNO itu dengan beberapa pemimpin Melayu juga bertujuan untuk mengaburi mata pengundi Melayu.

“Kalau kita tengok sebenarnya yang menjadi ketua umum untuk Pakatan Harapan ni ialah Lim Kit Siang (DAP)

“Tetapi dia sembunyi di belakang sebab mereka dahagakan undi orang Melayu, sebab itu dia buat wayang kulit, sandiwara,  tu kononnya wujudnya pemimpin Melayu.

“Tetapi sebenarnya yang akan membuat keputusan adalah DAP, jadi rakyat Malaysia kena berhati-hati. Kalau mereka pilih pembangkang, maknanya mereka pilih DAP untuk jadi pemimpin negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Patah di sini, hari ini.

Berhubung hasrat pergerakan itu bagi lebih ramai wanita dipilih sebagai calon di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, Shahrizat berkata Badan Perhubungan UMNO negeri telah maklum mengenai hasrat sayap itu dan akan mempertimbangkannya.

Pada PRU13, terdapat empat kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri Jdi ohor yang dimenangi calon Wanita UMNO.

Katanya jentera Wanita UMNO juga akan mempergiatkan usaha membantu Barisan Nasional untuk memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang

Sekianlah artikel Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelantikan Dr Mahathir Dalam Pakatan Harapan Sekadar Wayang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelantikan-dr-mahathir-dalam-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :