link : Pelawak Jim Jefferies Pecat Brad Pitt?
Pelawak Jim Jefferies Pecat Brad Pitt?
Kerjaya Brad Pitt sebagai pembaca ramalan cuaca nampaknya telah berakhir selepas pelawak Jim Jefferies mengumumkan bahwa aktor filem Allied itu tidak akan lagi membacakan berita ramalan cuaca dalam program bual bicaranya.
“Saya tahu ramai antara kamu mungkin tercari-cari penyampaian ramalan cuaca “Jim Jefferies Show” tetap kami,” katanya.
“Sayangnya, saya berasa dia (Pitt) tidak menyampaikan ramalan cuaca dengan efektif.”
Sejurus itu terdengar reaksi penonton yang seakan kurang setuju dengan kenyataan Jwfferies itu.
Mengabaikan respon penonton, Jefferies lantas menjelaskan alasan ketidakhadiran Pitt dalam acara tersebut.
“Saya memecatnya!” umumnya.
“Saya memecatnya!” ulang Jefferies lagi kali ini dengan nada tegas.
“Dia adalah orang gila! Dia sungguh gila! Sekarang cuaca cerah”, katanya.
Sementara itu, Pitt yang sedang menonton program tersebut dari rumahnya, tidak mempercayai khabar itu.
“Bohong!!” jeritnyanya sambil memberim reaksi wajah sedih.
Aktor berusia 53 tahun ini pertama kali muncul sebagai penyampai berita cuaca dalam program “Jim Jefferies Show” sejak 6 Jun lalu.
Dengan gaya jenaka, Pitt menyampaikan berita ramalan cuaca suram sebagai menyindir keputusan Presiden Donald Trump menarik Amerika dari kesepakatan perubahan iklim di Paris.
The post Pelawak Jim Jefferies Pecat Brad Pitt? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pelawak Jim Jefferies Pecat Brad Pitt?
Anda sekarang membaca artikel Pelawak Jim Jefferies Pecat Brad Pitt? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pelawak-jim-jefferies-pecat-brad-pitt.html